Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk bersama memandu dengan hati-hati dan selamat. Untuk tujuan di atas, berikut adalah 8 tips agar perjalanan anda selamat sampai ke destinasi, insyaAllah.
Tips 1: Jauhi laluan memotong.
Jikalau anda memandu di bahu kiri jalan atau di tengah-tengah laluan, peluang untuk anda tidak terjerebak dengan kemalangan adalah sangat baik. Kajian menunjukkan bahawa kemalangan banyak berlaku di atas laluan memotong (fast lane). Anda juga memperolehi peluang yang tinggi untuk terus menghimpit ke tepi bagi mengelakkan masalah yang besar jikalau berlaku sesuatu di tengah dan
Mata terus ke hadapan. |
Tips 2: Liarkan mata anda di hadapan ketika memandu.
Liar memberi maksud menjegil. Menjegil memberi maksud yang lebih mendalam dan sesuai dikategorikan sebagai peninjauan serius (serius observation). Anda bukan sahaja perlu melihat nombor plet kereta dihadapan malah anda perlu lihat trafik yang terbentuk di hadapan kereta tersebut juga. Ini dapat membantu anda melihat masalah di hadapan dengan lebih baik dan memberi peluang yang lebih untuk bertindak terhadapnya.
Lihat cermin sisi sebelum menukar lorong. |
Tips 3: Berhati-hati dengan 'Blind Spots'.
Anda perlu perbetulkan cermin sisi (side mirror) dan cermin pandang belakang (rearview mirror) anda untuk dapatkan pandangan yang betul-betul selesa untuk anda teliti. Anda juga dinasihatkan untuk sesekali untuk memandang ke sisi jalan untuk menampung kekurangan yang ditunjukkan oleh cermin sisi anda. Pemandu yang bijak akan sentiasa mengambil kira 'blind spots' pemandu yang lain terutamanya pemandu trak yang besar. 'Blind spot' atau titik buta adalah kawasan yang tidak dapat dilihat oleh mata kita ketika memandu.
Laraskan cermin pandang belakang bagi mendapatkan pandangan yang betul selesa. |
Mungkin tidak 'macho' dipandang begitu, tetapi teknik asas yang diajar oleh sekolah memandu anda ini mempunyai nilai yang cukup besar dari segi keselamatan memandu. Rahsia disebalik teknik ini ialah anda mampu mengawal kenderaan anda sepenuhnya jikalau berlaku kemalangan secara tiba-tiba.
Tips 5: Awasi pemandu lain berdasarkan rupa dan keadaan kenderaannya.
Posisi tangan di 9 dan 3. |
Tips 6: Tahu had laju anda.
Untuk ini, hukum fizik yang dipelajari semasa di peringkat sekolah sangat berguna untuk dijadikan benteng pemanduan
Jangan berdandan ketika memandu. |
Tips 7: Servis kereta anda.
Tayar, enjin dan mana-mana komponen yang sensitif untuk perjalanan yang jauh perlulah di servis sebaik mungkin. Sila
dapatkan khidmat nasihat di kedai servis kereta/tayar.
Tips 8: Malam adalah masa rehat.
Pasang tali keledar sebelum memandu. |
Sebagai pemandu yang bijak lagi berhemah, kita perlu tahu bahawa memandu bukanlah kegiatan yang tidak menggunakan otak. Memandu merupakan latihan
yang baik untuk disiplin diri sebagai manusia yang mematuhi undang-undang dan teknik memandu yang baik.
Servis kereta anda. |
Peringatan tambahan:
* SENTIASA memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunaannya kepada penumpang.
* JANGAN memandu melebihi had kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan dibenarkan dalam apa jua keadaan.
Tukar tayar kereta jika anda boleh melihat perkataan 'sen' pada duit siling 20 sen lama. |
* KETIKA memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalanraya lain untuk memastikan keselamatan anda.
* JANGAN pandang secara tepat lampu kereta dari arah bertentangan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih ke bahagian kanan dan menjadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.
Baiki kereta sebelum memulakan perjalanan jauh. |
* MEMANDU dalam keadaan cuaca buruk terutamanya ketika hujan lebat sangat sukar. Tayar kereta mungkin hilang kuasa cengkaman pada permukaan jalan basah. Pandulah kereta dengan perlahan jika jalan di penuhi air.
* KETIKA memandu di lebuh raya, sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.
Pastikan anda 'segar' untuk memulakan perjalanan jauh. |
* ELAK memandu jika letih. Jika penat, berhenti dan keluar dari kereta seketika dan lakukan senaman ringan menyegarkan badan atau berhenti menikmati secawan kopi yang pastinya membuatkan diri lebih segar dan peka.
Bawa bersama beberapa peralatan bagi kegunaan semasa kecemasan. |
* PERHATIKAN kereta di hadapan selama 15 hingga 20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang masalah bagi mengelakkannya, supaya anda boleh menekan brek dengan pantas.
Jangan menggunakan telefon ketika memandu. |
* PERIKSA keadaan tayar kereta anda. Pastikan tekanan angin mencukupi dan corak bunga tayar masih ada untuk mendapat pemanduan serta cengkaman baik. Juga terpakai kepada tayar simpanan. Ia menjamin keselamatan anda ketika di jalan raya terutama sekali sewaktu memandu dalam cuaca buruk. Bagi menguji 'bunga' tayar kereta anda, gunakan duit siling 20 sen lama. letakkan pada alur tayar, jika anda boleh membaca perkataan 'sen' bermakna, tayar kereta anda perlu ditukar segera.
Setelah segala perkara diambil perhatian, berdoalah semoga perjalanan anda selamat. |
* BAWA bersama beberapa peralatan tambahan seperti air mineral, lampu suluh, 'jumper', dan sebagainya bagi digunakan bila berlaku kecemasan.
* TEMPAT paling selamat untuk kanak-kanak ialah bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah haruslah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan.
* BERHENTI di R&R, jika anda berhenti di
R&R, letakkan kereta anda di tempat yang terang dan ramai orang, atau perhatikan sentiasa kereta anda, takut nanti ada orang yang sabotaj kereta anda untuk mengaut keuntungan berlebihan.
* JIKA ditakdirkan anda terlibat dengan kemalangan, JANGAN terima permintaan menunda kenderaan anda oleh mana-mana 'tow-truck' yang datang. Hubungi panel insuran kereta anda sendiri, kerana ia akan lebih menjimatkan.
0 comments:
Post a Comment