PPKI

Pn. Nor Haida bt. Ismail
Penolong Kanan Pendidikan Khas

SEJARAH

Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20 ini telah ditubuhkan pada tahun 1997. Kelas yang kecil ini terletak bersebelahan dengan pejabat. Pada tahun 1998 ia telah dipindahkan ke Bilik Tayang kerana penambahan murid meningkat pada tahun itu. Pada tahun itu juga Badan Kebajikan Kelas Pendidikan Khas telah ditubuhkan yang terdiri oleh semua guru KKBP dan penjaga murid.

Perpindahan masih belum terhenti. Pada tahun 1999, kelas ini telah dipindahkan pula ke makmal sains sekolah. Pada tahun 2000 beberapa projek telah dilaksanakan iaitu menaik taraf tandas, projek pertanian dan penglibatan dengan aktiviti Panatia Pendidikan Khas Daerah. Aktiviti menaik taraf semakin giat dilakukan agar pelajar-pelajar mendapat persekitaran belajar yang aman dan konduksif. Pada akhir tahun 2009, kelas PPKI telah mendapat peruntukan ubahsuai kelas oleh pihak Kementerian sebanyak RM79,000. Pada 2010, Kelas telah diubah kepada sistem stesen dan telah membuka kelas untuk cacat pendengaran.

LOGO PPKI (Dicipta pada 1999)

MAKSUD YANG TERKANDUNG PADA LOGO

Lingkungan Hijau
Berada di dalam lingkungan persekitaran yang damai dan tenteram.

Lingkungan Biru
Berada di bawah pemerintahan yang aman dan damai.

Tulisan Putih
Kesucian dan ketulusan harapan kanak-kanak istimewa.

2 Tangan
Keprihatinan dan sokongan oleh keluarga, guru dan masyarakat kepada kanak-kanak istimewa di PPKI SKJB20.

Lingkungan Merah
Semangat yang teguh untuk hidup berdikari.

Bulan Sabit
Berpegang teguh kepada ajaran agama.

Warna Kuning
Lambang warna di Raja.

Lambang Orang
Kanak-kanak istimewa yang memerlukan keprihatinan daripada semua lapisan masyarakat.
------------------------------------------------------------------------------------------
VISI
KEARAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KHAS

MISI
MELAHIRKAN MURID YANG SEIMBANG DARI SEGI ROHANI, JASMANI, EMOSI SERTA DAPAT BERDIKARI PADA MASA HADAPAN
------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment