PUTRAJAYA - Sesi persekolahan 2013, yang akan bermula 1 dan 2 Jan nanti mungkin akan ditangguhkan bagi sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan) Hj Sufa'at Tumin berkata keputusan itu akan ditentukan Pengarah Pelajaran Negeri berdasarkan maklumat yang diterima melalui Majlis Keselamatan Negara dan Bilik Gerakan Banjir Negeri.
"Kita akan tengok keadaan. Tapi setakat ini kita masih belum buat sebarang keputusan kerana ada seminggu lagi sebelum sekolah bermula, mungkin banjir sudah surut dan sekolah dapat berjalan seperti biasa pada masa itu," katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.
Sufa'at berkata persiapan yang sepatutnya juga sudah diambil bagi memastikan kelengkapan di sekolah tidak rosak akibat banjir termasuk kerusi, meja dan komputer.
Bagi sesi persekolahan kali ini, Sufa'at berkata Kelantan, Terengganu dan Kedah akan memulakan sesi persekolahannya pada Selasa depan dan berakhir 31 Dis tahun depan, sementara negeri-negeri lain akan bermula Rabu depan dan berakhir 1 Jan 2014.
Sumber BERNAMA 26/12/2012
Sila lihat entri terdahulu: 15 sekolah di Terengganu mungkin ditutup sementara jika banjir belum reda | JPS: Radar baharu bantu atasi banjir kilat | Tips ketika menghadapi banjir
0 comments:
Post a Comment