Wednesday, December 26, 2012

15 sekolah di Terengganu mungkin ditutup sementara jika banjir belum reda

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 15 sekolah di seluruh Terengganu berkemungkinan terpaksa ditutup sementara sekiranya kawasan itu terus dilanda banjir apabila sesi persekolahan 2013 bermula enam hari lagi.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) Zakaria Hussin berkata pihaknya telah bersedia dengan pelbagai kemungkinan akibat banjir besar yang melanda negeri itu yang dikatakan terburuk sejak 10 tahun lalu.

"Jika banjir masih belum reda, sesi persekolahan 2013 melibatkan sekolah yang akan ditangguhkan dan akan diganti setiap hari Sabtu seperti mana yang pernah berlaku seperti tahun-tahun sebelum ini.

"Sehingga kini, guru dan kakitangan di sekolah yang terjejas telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyelamatkan harta benda sekolah dan dokumen penting ke tempat yang selamat," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa akan mendapatkan maklumat daripada Pejabat Pelajaran Daerah, balai polis atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengenai status banjir di sekolah anak mereka.

Terengganu akan memulakan sesi persekolahan pada 1 Januari 2013 (Selasa) depan.

Sumber BERNAMA 26/12/2012

Sila lihat entri terdahulu:  JPS: Radar baharu bantu atasi banjir kilat  |  Tips ketika menghadapi banjir

0 comments:

Post a Comment