Tuesday, November 20, 2012

JPS: Radar Baharu Bantu Atasi Banjir Kilat

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata penggunaan sistem radar yang membolehkan kadar bacaan hujan dilakukan lebih cepat boleh membantu mengatasi masalah banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Pengarah Bahagian Sumber Air dan Hidrologi JPS Datuk Hanapi Mohamad Noor berkata ia melibatkan sistem 'Polarimetric Doppler Weather Radar' dari Jepun yang dianggarkan bernilai RM3 juta.

Beliau bagaimanapun berkata pemasangan radar itu perlu terlebih dahulu dibincangkan dengan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia.

"Radar sedia ada mengambil 10 minit untuk merekodkan taburan hujan dan jumlah hujan yang turun, namun radar baharu ini mampu merekodkan data yang dikehendaki dalam masa seminit," katanya kepada Bernama selepas menghadiri seminar mengatasi banjir melalui kerjasama antara Malaysia dan Jepun di sini Selasa.

Hanapi menjelaskan penggunaan radar itu membolehkan maklumat dan data yang direkodkan dibaca sebelum hujan turun, sekaligus membantu penyediaan ramalan hujan lebih awal.

Sumber BERNAMA 20/11/2012

0 comments:

Post a Comment