Tuesday, November 20, 2012

Latih bakal guru berfikir sebagai usahawan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bakal guru perlu dilatih untuk menjadi seorang pemikir dan berupaya menyelesaikan masalah serta berfikiran sebagai seorang usahawan.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, langkah itu penting dalam usaha untuk melahirkan guru yang memiliki kemahiran abad ke-21 dan melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat.

Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman
dengan peserta luar negara selepas
merasmikan Konvensyen Antarabangsa
Institut Pendidikan Guru Dalam
Pembelajaran dan Pembangunan Guru
di Kuala Lumpur, hari ini.
- Foto BERNAMA
"Saya berharap guru-guru akan sentiasa menunjukkan dan mengamalkan pemikiran yang kreatif dan berfikir sebagai seorang usahawan.

"Pemikiran yang kreatif, pemikiran yang 'luar biasa' dan 'berfikir di luar kotak' merupakan pemikiran yang mampu melahirkan senario baharu yang lebih dinamik dan mencabar serta berkemampuan untuk melahirkan tenaga kerja pada suatu masa nanti," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Antarabangsa Institut Pendidikan Guru Dalam Pembelajaran dan Pembangunan Guru di sini hari ini.

Sumber Utusan Online 20/11/2012

0 comments:

Post a Comment