Tuesday, November 20, 2012

Satu perlima jumlah burung di Britain pupus

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

House sparrow
LONDON - Persatuan Diraja Perlindungan Burung Britain (RSPB) mendakwa, satu perlima daripada jumlah burung yang terdapat di negara ini telah pupus dalam tempoh 50 tahun lalu.

House sparrow
Menurut laporan tahunan itu, dianggarkan hanya tinggal kira-kira 166 juta ekor burung yang bertelur di Britain ketika ini berbanding 210 juta ekor pada 1966.

Antara spesies yang terjejas teruk adalah burung pipit jenis 'house sparrow' yang mencatat penurunan sebanyak 91 peratus dan kini hanya tinggal 61,000 ekor di Britain.
Tree sparrow
Burung pipit jenis 'tree sparrow' yang lebih kecil daripada house sparrow turut mencatat pengurangan dua pertiga berbanding jumlah sebelum ini dengan kini hanya tinggal 10 juta ekor.

Penurunan mendadak itu menurut persatuan itu adalah ekoran kekurangan benih dan bijian makanan burung yang menjadi elemen penting dalam musim pembiakan haiwan tersebut.

Selain itu, pemburuan haram di kawasan Mediterranean sewaktu musim penghijrahan dan cuaca sejuk di Afrika turut menjadi faktor kepupusan berkenaan.

Tree sparrow
Seorang saintis RSPB, Dr. Mark Eaton berkata, agak mengejutkan Britain kehilangan satu perlima daripada burung yang ada di negara ini sejak 1960-an.

"Apatah lagi apabila sebanyak 44 juta ekor burung telah hilang sejak 1966 bersamaan jumlah penduduk dewasa di England dan Wales," katanya. - AGENSI

Sumber Utusan Online 20/11/2012

Times of Malta  |  French Tribune


0 comments:

Post a Comment