Sunday, November 11, 2012

Bagaimana membuat salinan emel di GMail anda ke desktop dengan mudah?

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Terdapat beberapa kaedah untuk memuat-turun emel anda daripada GMail terus ke desktop anda, termasuk beberapa cara yang disediakan oleh Google. Namun, kali ini, kita akan berkongsi akan mengenai aplikasi GMVault yang memudahkan proses membuat salinan pendua emel anda ke desktop dengan mudah.

GMvault membawakan antaramuka seumpama Command Prompt (Terminal), membolehkan anda membuat pelbagai perkara dengan mudah melaluinya. Pada awal penggunaan, ia mungkin tampak sedikit sukar, tetapi sebenarnya ia agak mudah digunakan, apatah lagi mesra pelbagai sistem operasi.

Melalui sokongan Sync pada GMVault, anda boleh membuat salinan pendua semua emel pada akaun GMail anda, dan membuat tetapan supaya ia memuat-turun hanya emel baru sahaja apabila anda menerima sebarang emel.

Bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh memuatturun aplikasi GMVault ini, dan mula menggunakannya. Untuk tujuan pendaftaran, ia akan meminta anda memberikan kebenaran mengakses akaun Google, sama seperti kebanyakkan aplikasi yang lain. Sementara untuk mendapatkan senarai dan cara penggunaan yang mudah, anda hanya perlu menaip “gmvault –help” ataupun merujuk kepada panduan yang disediakan pembangunnya.

Sebelum mula, elok padam emel yang tak diperlukan. Emel yang disimpan adalah dalam bentuk zip. Untuk membaca emel, anda boleh muatturun antaranya eml-file-viewer secara percuma.

0 comments:

Post a Comment