Dengan memasang Panic Button ini, ia akan menambah sebuah ikon khas bersebelahan dengan bar URL pada Chrome, di mana dengan menekannya (ketika berwarna merah), ia akan menyembunyikan kesemua tab yang sedang anda layari, dan hanya memaparkan halaman tab baharu sahaja. Untuk mengembalikannya, para pengguna hanya perlu klik kembali ikon berkenaan (yang berubah kepada warna hijau), dan ia akan mengembalikan semula kesemua tab seperti sediakala.
Panic Button turut sama membawakan beberapa tetapan dan pilihan tambahan, seperti kebolehan untuk menambah kata laluan dan sebagainya untuk anda melindungi daripada sesiapa mengembalikan tab yang disembunyikan.
Bagi anda yang menggunakan Google Chrome, dan ingin mencubanya, boleh memuat-turun Panic Button ini secara percuma daripada Chrome Web Store hari ini.
Tambah Panic Button pada Google Chrome
0 comments:
Post a Comment