Terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan anda memantau penggunaan data dan bandwidth sambungan internet anda. Salah satu aplikasi yang seumpamanya, iaitu Net Guard.
Net Guard bukan sahaja membolehkan anda memantau penggunaan data bulanan anda, tetapi pada masa yang sama, turut membolehkan anda mengetahui aplikasi apakah yang menggunakan data seperti memuat-naik dan memuat-turun, serta sebagainya. Perkara ini sekaligus membolehkan anda mematikan perisian yang tidak sepatutnya berjalan, sekaligus menjimatkan penggunaan data anda.
Sebaik sahaja selesai memasangnya, ia akan menyertakan sebuah panel kecil pada desktop anda, memperlihatkan angka kelajuan muat-naik dan muat-turun pada setiap saat. Seperti biasa, anda boleh mematikannya, mahupun menjadikannya lutsinar serta sebagainya.
Untuk tetingkap utamanya, ia memaparkan info dengan lebih teratur, disamping memperlihatkan data penggunaan bulanan anda. Sekiranya anda mempunyai had penggunaan bulanan, ia boleh ditetapkan, supaya Net Guard memperlihatkan amaran apabila anda semakin menghampiri angka had yang ditetapkan.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Net Guard hari ini, dan mula memantau penggunaan data internet anda setiap hari.
0 comments:
Post a Comment