Saturday, October 20, 2012

Google dedah pusat maklumat

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments


Google buat pertama kalinya mendedahkan suasana sebenar lapan pusat maklumat gergasinya yang menjana perkhidmatan ke seluruh dunia. Lapan pusat maklumat tersebut menempatkan sistem rangkaian komputer yang memproses permintaan pencarian internet, memaparkan video klip YouTube dan membekal e-mail kepada berjuta-juta penggunanya.

Gambar-gambar tersebut menunjukkan beratus-ratus ribu pelayan komputer, kabel wayar pelbagai warna, termasuk basikal yang digunakan juruteranya untuk sampai ke satu-satu tempat di dalam pusat tersebut dengan pantas.

Enam pusat maklumat Google terletak di Amerika Syarikat (South Carolina, Iowa, Georgia, Oklahoma, North Carolina dan Oregon) dan masing-masing satu di Finland dan Belgium.

Beberapa pusat maklumat kini sedang dibina di Quilicura, Chile; Hong Kong, Singapura dan Taiwan.

"Tidak ramai berpeluang melihat pusat maklumat Google kerana keutamaan kami adalah keselamatan bagi setiap maklumat yang disimpan dan kerana itu pusat maklumat kami dikawal ketat.

"Malah, hanya segelintir pekerja kami masuk ke dalam pusat maklumat tersebut. Buat kali pertama anda boleh melihat bagaimana keadaan sebenar di dalam pusat maklumat kami melalui gambar yang disiarkan," kata Google dalam satu kenyataan.

Gambar pusat maklumat North Carolina boleh didapati melalui perkhidmatan Street View dalam laman Google, yang biasa digunakan untuk melihat gambar-gambar kawasan kejiranan di seluruh dunia. - AGENSI


Street View

Album Gambar

Maklumat lanjut

0 comments:

Post a Comment