Saturday, October 20, 2012

Lawatan sambil belajar ke Melaka

BY SK Jeram Batu 20 Selangor 2 comments

Muzium TLDM.
Pada hari Sabtu 20/10/2012 yang lalu, seramai 61 orang murid dari keluarga Asnaf sekolah ini diiringi oleh 11 orang guru dengan 2 buah bas telah melakukan lawatan sambil belajar secara percuma termasuk makan dan minum ke Melaka Bandaraya Bersejarah.

Berikut adalah antara tempat-tempat menarik yang terdapat di Melaka.

Muzium TLDM

Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terletak berhadapan dengan Muzium Samudera (replika Kapal Flor de La Mar). Muzium TLDM dipindahkan dari pangkalan asalnya di Lumut ke Melaka agar pelawat dapat maklumat yang lebih terperinci mengenai peranan dan sumbangan TLDM kepada negara. Di kawasan muzium ini juga terdapat Kapal ex-KD Sri Terengganu iaitu di antara kapal peronda TLDM pertama yang ditempah oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan telah ditauliahkan pada tahun 1963.

Kota A Famosa.
Kota A Famosa

Bermaksud “Yang Termasyhur” dalam bahasa Portugis. Dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Bangunan Stadthuys

Bangunan Stadthuys.
Dikenali sebagai bangunan merah oleh penduduk tempatan. Dibina pada tahun 1650, merupakan rumah rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya. Di sekitar bangunan Stadthuys yang dipanggil Dutch Square ini terdapat gereja Christ Church yang berusia lebih 250 tahun, kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara Belanda. Menempatkan Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi pelancong.

Menara Taming Sari.
Menara Taming Sari

Merupakan menara pemandangan setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia.  Dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan rekabentuk Keris Taming Sari. Ia mampu memuatkan sehingga 80 orang dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Dataran Pahlawan
Dataran Pahlawan
Makan-makan, ole-ole dan macam-macam. Daya tarikan baru yang dibangunkan oleh kerajaan Melaka. Di bahagian atasnya terpusat tempat menjual cenderahati dan di dalam bangunan ini pula ialah pusat membeli belah yang menempatkan kedai-kedai berjenama popular. Di seberang jalan terdapat satu lagi pusat membeli belah lama yang juga masih popular iaitu Mahkota Parade.
Melaka River Cruise.

Melaka River Cruise

Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu di Kampung Morten dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.

Jonker Walk

Jonker Walk.
Mereka yang ingin mendalami kehidupan keturunan Baba dan Nyonya tidak boleh tidak pergi ke Jonker Walk. Untuk merasai kemeriahannya, datang pada malam Sabtu dan malam minggu kerana terdapat pasar malam yang sangat meriah. Terdapat juga hotel-hotel berkonsep kehidupan Baba dan Nyonya. Membeli barangan antik perlu tahu tawar menawar dan jangan lupa bertanya tentang sejarahnya.

Taman Mini Malaysia & ASEAN.
Taman Mini Malaysia & Mini ASEAN

Kedua-duanya terletak di Ayer Keroh, Melaka, merupakan sebuah kompleks tema yang mengagumkan bagi membolehkan pengunjung melihat rumah-rumah tradisional dari kesemua 13 negeri di Malaysia dari Sabah hingga ke Perlis dengan hanya satu lawatan.

Taman Mini ASEAN pula, pengunjung dapat mempelajari dan mengetahui dengan lebih terperinci lagi mengenai sejarah dan kebudayaan negara-negara ASEAN dengan melawat setiap replika rumah yang dibina di taman ini.

Taman Botanikal

Taman Botanikal.
Ditubuhkan pada 1 Jun 2006, dahulunya Taman Botanikal terkenal sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh yang mempunyai keluasan 92.5 hektar.

Merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menawarkan kedamaian dan ketenangan. Kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan. 300 spesis flora dan fauna. Antara tarikannya ialah Taman Keladi, Taman Orkid, Taman Helicornia, Taman Buluh dan Taman Herba.

Dataran Sejarah.
Dataran Sejarah Melaka

Disediakan untuk digunakan dan dinikmati oleh warga Melaka dan juga pelawat ke negeri tersebut.

Ia terletak di Ayer Keroh dan dilengkapi dengan Padang Dataran, Bangunan Utama, Menara Jam, Pentas Lintas Hormat, Amfiteater, Laman Seni, Wakaf, Balai Pameran, Tempat Letak Kereta dan Tandas Awam.

Zoo Melaka

Zoo Melaka.
Terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Di sini terdapat lebih dari 214 spesis haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi.

Dibangunkan di atas tapak 22 hektar di Ayer Keroh, dalam tahun 1963. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979.

Taman Buaya.
Taman Buaya Melaka

Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesis buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka. Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk.

Taman Rama-rama & Reptilia

Taman Rama-rama & Reptilia.
Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi di kawasan Ayer Keroh adalah Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka yang menjadi tempat tinggal berbagai spesis rama-rama dan reptilia. Pengunjung juga boleh menyaksikan pelbagai jenis reptilia termasuk ular, labah-labah, kala jengking dan ratusan jenis serangga yang pastinya akan membuatkan pengunjung merasa geli geleman.

Melaka Wonderland.
Melaka Wonderland

Sebuah taman tema air yang terbaharu. Terletak di Ayer Keroh.

Antara tarikannya adalah Pemburu Tornado, Perlumbaan Kamikaze, Kolam Besar Berombak, Pulau Pengembaraan, Taman Dinosaur, Perlumbaan Kart Berlumpur, Paintball dan Pengangkutan Peribadi.

Rumah Api Tanjung Tuan

Rumah Api Tanjung Tuan yang terletak di kawasan daerah Alor Gajah, Melaka merupakan rumah api antara yang tertua di Malaysia. Selain itu, rumah api ini dilancarkan pada tahun 1958.

Rumah Api Tanjung Tuan.
Rumah api ini dibina pada tahun 1819 oleh kerajaan British, khususnya semasa Stamford Raffles. Ia kemudian dibina semula pada tahun 1860 setelah menara yang asal termusnah, akibat perang. Dari puncak Tanjung Tuan akan kelihatan pusaran air yang ganas yang menenggelamkan sekurang-kurangnya empat buah kapal perang Belanda dan Portugis pada tahun 1605.

Rumah api ini berfungsi untuk membantu kelasi, kapal-kapal dagang dan nelayan untuk singgah ke pelabuhan. Ia dikawal dan diselenggarakan oleh Shahbandar Melaka. Sebuah radar untuk tujuan pengawalan laluan kapal-kapal besar di Selat Melaka baru saja dipasang di stesen rumah api ini pada awal tahun 1990.

Rumah api ini asalnya daripada bangunan kayu sahaja tetapi kini telah diganti dengan bangunan batu dan dilengkapi dengan sistem lampu yang memenuhi piawai antarabangsa. Kos pembinaannya lebih daripada sejuta ringgit. Di tepi rumah api ada lorong denai menuju ke Tok Keramat Lela dan medan tinjau Pulau Intan. Laluan denai daripada batu telah dibina oleh Jabatan Perhilitan Melaka. Disebabkan faktor-faktor keselamatan, rumah api ini tidak dibuka kepada orang ramai.
Pantai Tanjung Bidara.

Pantai Tanjung Bidara & Pengkalan Balak

Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah dan 2 km dari Kem Terendak ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka. Keadaan fizikal pantai yang landai dan pasir yang memutih serta angin sepoi-sepoi bahasa ini merupakan persaingan utama pantai Port Dickson yang terletak lebih kurang 70 km dari Masjid Tanah.

Pantai kegemaran ramai ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.

Planetarium Melaka

Planetarium Melaka.
Ramai yang tidak sedar bahawa Melaka sebenarnya ada mempunyai sebuah planetarium yang dinamakan Planetarium Melaka & Pusat Sains di kawasan MITC.

Di sini anda akan dapat melihat model Sistem Suria, Hubble Telescope dan juga Simulator kapal Challenger. Anda juga berpeluang menonton tayangan filem mengenai angkasa lepas di teater angkasa 3D yang dikatakan antara yang tercanggih di Asia.

Planetarium yang terletak di kawasan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka ini berada di kedudukan yang strategik. Ia Merupakan Planetarium kedua di negeri ini selepas planetarium Al-Kharizmi.

Muzium Lebah Sedunia Melaka

Ingin uji pengetahuan anda tentang lebah? Jom kunjungi Muzium Lebah Sedunia Melaka yang terletak 3 kilometer dari tol Ayer Keroh (atau selepas stesen minyak Petronas). Walaupun bunyinya seperti muzium besar, ia sebenarnya ialah muzium kecil milik syarikat penternakan Soon Lee yang diasaskan sejak tahun 1978.

Muzium ini kelihatan sedikit usang.  Tetapi jumlah pengunjungnya dikatakan sekitar 50,000 sebulan. Muzium ini juga mempunyai kakitangan yang mahir tentang lebah dan mempunyai lebih 200 jenis sarang lebah dan penyengat lain untuk tontonan anda.

Muzium Lebah Sedunia.
Kalau selama ini anda hanya tahu tentang madu, muzium ini bakal mengubah persepsi anda. Sebab selain madu, anda akan diperkenalkan kepada pelbagai hasil lebah yang juga berguna untuk kesihatan — dari propolis dan royal jelly sehinggalah kepada khasiat memakan anak lebah dan sengat lebah.

Muzium Orang Asli

Muzium Orang Asli terletak bersebelahan Taman Buaya, Ayer Keroh, Melaka. Muzium ini telah dibuka kepada orang ramai pada 3 Februarl 1997. Muzium ini mengkhusus kepada memperagakan bahan dan peralatan harian suku kaum asli seperti Senoi, Jah Hut dan Mah Meri.

Muzium Orang Asli.
Terdapat lebih 5 buah galeri dan tema dipaparkan di Muzium ini seperti kaedah-kaedah menangkap ikan, peralatan pertanian, ruang dapur dan bilik tidur serta senjata-senjata yang digunakan. Antara bahan tarikan ialah peralatan di rumah, alat pemburuan, upacara sewang dan sebagainya. Muzium terbaik untuk memperkenalkan corak hidup dan kepercayaan masyarakat yang menyimpan seribu satu misteri.

Muzium Orang Asli pada awalnya terletak di dalam Hutan Rekreasi Ayer Keroh di bawah pengawasan jabatan Perhutanan sebelum dipindahkan ke sebuah tapak baru bersebelahan Taman Buaya oleh Perbadanan Muzium Melaka pada Disember 1996 bagi meningkatkan sambutan orang ramai. Muzium ini diadaptasikan dari replika rumah orang asli yang terdapat di negara ini.

Muzium Samudera

Muzium Samudera.
Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Di sebelahnya Muzium Samudera Fasa II.

Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.

Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.

Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.

2 comments:

  1. PAKEJ PENGINAPAN DAN LAWATAN PALING MURAH KE MELAKA BAGI PELAJAR/STUDENT SEKOLAH/KOLEJ/UNIVERSITI

    Kami menyediakan pakej lawatan pelajar ke Melaka dengan pakej lawatan yang sangat menarik

    Penginapan asrama dan apartment akan disediakan INDAH Kembara Apartment & Hostel, Klebang Melaka akan kami sediakan.

    Sila lawati http://www.indahkembara.com/

    Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi kami:
    INDAH Kembara Apartment & Hostel Melaka;
    (diuruskan oleh World Heritage Management)
    No. 46, Jalan LJ 1, Taman Limbongan Jaya,
    75250 Limbongan, Melaka

    HOTLINE:
    Ms Hana 013-2987378

    anda juga bole menghantar mesej melalui SMS , WhatsApp

    Email:
    sales@worldheritage.com.my
    melakatour@gmail.com

    Laman web kami:
    http://www.indahkembara.com
    http://www.homestaymelaka.com.my
    http://homestaymelaka.worldheritage.com.my
    http://www.worldheritage.com.my
    http://www.hotelmelaka.com.my

    ReplyDelete
  2. Mohon maaf Tuan & Puan, kami numpang promotion
    Kami menawarkan Pakej Percutian ke Medan dan Danau Toba
    Lake Tour 04 Hari / 03 Malam MYR 380 ( 10 orang )
    Pakej kami design sangat murah dan berkualitas
    FULL SERVICES
    Hotel 3 Bintang
    Makanan Halal
    Driver humble
    Pemandu Pelancongan professional

    Sila contact Tiara Tours Indonesia
    Jln. Panglima Denai No. 76 Medan, 20227
    Licensed : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    Tel/Fax : +6261 - 733 59 765
    Email : tiaratoursindonesia@gmail.com.
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN
    Toyota Avanza (05 orang ) MYR 155 / Hari
    Suzuki Eritga (05 orang ) MYR 155 / Hari
    Inova Reborn (05 orang ) MYR 175 / hari
    Isuzu Elf (11 orang ) MYR 235 / Hari
    Toyota Hiace (11 orang ) MYR 320 / Hari
    Medium Bus ( 27 orang ) MYR 500 / Hari

    Note :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL

    ReplyDelete