Monday, July 06, 2015

Jom buat sendiri serunding daging yang enak!

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Pejam celik kita sebenarnya sudah pun menghampiri minggu akhir bulan paling mulia iaitu bulan Ramadan dan Syawal bakal menjelma tidak lama lagi.

Semasa di bulan Ramadan pastinya pelbagai juadah yang menjadi tumpuan adalah serunding ayam mahupun daging.

Namun kadang-kala tidak semua yang menjual serunding mengikut cita rasa anda bukan? Oleh itu, apa kata anda buat sendiri dengan resipi mudah ini yang dipetik dari Mingguan Wanita.

Bahan-bahan:
1 biji kelapa parut (ambil putihnya sahaja)
200 gram daging (potong kecil)
1 sudu teh serbuk kunyit
3 batang serai
Garam dan gula secukup rasa

Bahan B (kisar)
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3sm halia
2sm kunyit hidup
3 biji buah keras
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara-cara:
• Tabur sedikit garam dan lada sulah pada daging lalu digoreng garing. Ketepikan.
• Tumis bahan B hingga wangi dan pecah minyak.
• Masukkan serai dan kunyit, kacau.
• Masukkan kelapa parut dan goreng hingga sebati. Sentiasa balik-balikkan agar tidak hangus.
• Tambah daging yang telah digoreng tadi.
• Tambah garam dan gula secukup rasa dan goreng serunding hingga benar-benar garing.

Selamat mencuba & menjamu selera!

0 comments:

Post a Comment