Wednesday, July 15, 2015

Enaknya Kerabu Daging

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Masyarakat di Malaysia sememangnya gemar memakan makanan berasaskan daging tidak kiralah daging goreng, daging salai, kari daging dan banyak lagi.

Tidak lupa juga kerabu daging yang turut menjadi salah satu kegemaran ketika menjamu selera, dan selalunya ramai akan membeli kerana tidak tahu bagaimana untuk menyediakan kerabu daging ini.

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda resipi mudah yang dipetik dari Mingguan Wanita ini cara membuat kerabu daging yang enak! Bahan A:
300 gm daging - hiris nipis
¼ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
1 sudu besar minyak masak
¼ serbuk lada hitam
2 biji bawang Holland - potong dadu

Bahan B:
1 kuntum bunga kantan - potong halus
2 biji mangga muda - hiris halus
1 biji betik muda - hiris halus
1 biji cili merah / cili hijau
2 biji limau nipis - ambil jus
2 biji cili padi - dicincang
½ cawan kacang tanah - ditumbuk
1 sudu kecil gula
5 helai daun salad

Cara membuat:
• Panaskan minyak dan tumis bahan A selama lima minit lalu asingkan.
• Masukkan bahan-bahan B ke dalam mangkuk dan masukkan bahan A. Gaul sampai rata.
• Hidang bersama salad daging di atas daun salad.

Selamat mencuba & menjamu selera!

0 comments:

Post a Comment