New York 31 Julai - Saintis menyatakan, individu yang tidur lebih daripada lapan jam sehari boleh mengalami gangguan tahap ingatan dan gagal membuat keputusan dengan baik.
Seorang profesor dari Universiti Phoenix Arizona, Shawn Youngstedt berkata, tempoh yang cukup untuk seseorang tidur adalah sebanyak tujuh jam.
Satu penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Sleep Medicine menyatakan, manusia tidak perlu masa tidur yang lama seperti yang mereka sangkakan.
"Kebanyakan orang sekarang tidur lebih lama daripada yang diperlukan kerana menyangka mereka tidak cukup tidur," kata Profesor neurosaintis dari Universiti Longhborough, Jim Horne.
Horne berkata, kehidupan zaman moden lebih selesa berbanding berpuluh-puluh tahun sebelum ini, sekali gus membuatkan manusia tidak perlu tidur lebih lama.
"Berbanding seorang pekerja kira-kira 150 tahun lalu yang bekerja 14 jam sehari, enam kali seminggu dan pulang ke rumah yang sesak serta katil yang penuh dengan pijat, kebanyakan kita pada zaman sekarang mempunyai tidur yang cukup," katanya.
Satu kajian yang dijalankan ke atas hampir 9,000 orang berumur antara 50 hingga 64 tahun yang tidur kurang enam jam atau lebih lapan jam sehari didapati mempunyai daya ingatan yang merosot dan sering membuat keputusan yang teruk.
Sumber Utusan online 1/08/2014
0 comments:
Post a Comment