Tuesday, July 02, 2013

Kaum wanita, berhati-hatilah selalu!

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Sharing is caring! Pihak polis ingin mengingatkan kaum wanita terutamanya supaya sentiasa berhati-hati ketika menggalas beg tangan apabila berada di tempat yang sesak seperti di dalam bas, ketika masuk/keluar dari panggung wayang, pusat membeli belah, pasar malam dan sebagainya.

Ini adalah kerana terdapat taktik baru yang digunakan oleh penyeluk saku iaitu dengan menoreh beg tangan dengan menggunakan senjata tajam ketika mangsa sedang leka.

Apabila berjaya ditoreh, ia memberi peluang yang lebih kepada penjenayah untuk mencuri dompet atau apa sahaja barang berharga yang terdapat di dalam beg tangan tersebut melalui ruang torehan berkenaan.

Kaum lelaki juga dinasihatkan untuk tidak menyimpan wallet di bahagian
poket belakang seluar. Terdapat kes yang dilaporkan di mana torehan turut dilakukan di bahagian poket tersebut.

Berikut disertakan beberapa tips keselamatan yang boleh anda praktikkan supaya dapat mengelak daripada menjadi mangsa penyeluk saku.

1. Silangkan beg anda di hadapan supaya mudah untuk diperhatikan. Pastikan ia sentiasa berkunci atau berzip.

2. Periksa beg duit atau beg tangan jika seseorang menghimpit atau melanggar anda.

3. Elakkan dari berada dalam keadaan yang sesak atau berhimpit-himpit. Jika tidak dapat dielakkan, peluk beg tangan tersebut.

4. Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali yang cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab.

5 Elakkan dari tidur ketika berada di dalam bas atau LRT dan pastikan beg anda dijaga rapi. Elakkan dari membawa wang tunai secara terbuka di khalayak ramai.

Sumber: Facebook PDRM  |  Ears Awareness

0 comments:

Post a Comment