Wednesday, July 03, 2013

Bismillah Lima: Amalan menolak sihir, racun dan musibah

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Mari amalkan Bismillah Lima.

Di antara amalan dalam ikhtiar mengelak sihir dan santau adalah dengan selalu mengamalkan Bismillah 5. Bacalah dan jadikan sebagai amalan selepas solat, nak keluar rumah dan semasa nak tidur. Semoga dengan mengamalkannya kita akan mendapat perlindungan Allah hendaknya... Amiin.

Ertinya:-

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Dengan nama Allah yang Penyembuh,

Dengan nama Allah yang Mencukupi segalanya,

Dgn nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik

Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat pada sesiapa yang berlindung dengan namanya sama ada kejahatan di bumi mahupun di langit, Dia amat Maha menDengar lagi Maha Mengetahui.

Dinamakan Bismillah 5 kerana ada lima Bismillah di awal rangkapnya. Elok diamalkan bersama Bismillah 6 sebagai menstabilkan limpahan energi Bismillah 6 yang menyebabkan kesan sampingan seperti tapai menjadi tawar, tabiat ragi tidak berfungsi. Amalan bersama Bismillah 5, Bismillah 6 menjadikan segala racun menjadi tawar dan tidak akan memberi mudarat kalau tersalah minum. Semuanya dengan izin Allah jua.


Manfaat:

1. Penawar bisa diri.

2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang.

3. Penawar bisa-bisa badan.

4. Penawar bisa batu merian.

5. Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya.

p.s. Rujukan mengenai Bismillah 5, fungsi dan cara menggunakannya adalah Rawatan Pesakit Menurut Al-Qur'an & As-Sunnah oleh Dr. Amran Kasimin & Datuk Dr. Haron Din

Cara menggunakan Bismillah 5:

1. Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali kemudian tiup tempat tadi, kemudian baru tiup di air; atau

2. Kalau tempat sakit itu tidak boleh diletakkan tangan kerana sakit atau sukar untuk meletakkannya, letakkan tangan di anggota lain dengan penumpuan hati dan perasaan bahwa tempat tersebut adalah anggota yang sakit.

Atau cara lain yang boleh diamalkan, dengan meletakkan tangan di atas tempat sakit itu dan bacalah terus Bismillah 5 ini, macam anak jatuh dan takut tak sempat nak ikut cara di atas... yang penting Keyakinan semasa membacanya dan khusyuk. Insya-Allah.

Kalau kepala anak benjol sebab jatuh, sambil tuam air suam atau air batu pada tempat yang benjol itu, boleh baca Bismillah 5 ini sekali. Kalau rasa nafas pendek tak boleh nak baca Bismillah 5 ini dengan satu nafas sampai 7 kali bolehlah ikut berapa kita suka, tak mengapalah, bolehlah satu Bismillah dengan satu nafas.

Wallahu a'lam

0 comments:

Post a Comment