Saturday, July 20, 2013

Guru Besar, jangan terlalu simpati

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Berapa ramai Guru Besar memberi surat tunjuk sebab kepada guru-guru yang tidak cekap atau berusaha seperti lambat siapkan kerja, mengajar cincai, ponteng kelas, prestasi pelajar merudum jatuh dan sebagainya yang menggambarkan ketidakcekapan dan kurangnya usaha? Kita hanya pandang sebelah mata bahkan sekadar memprotes dengan menceritakan kepada yang lain. Membiarkan itu adalah satu kezaliman kerana mereka yang rajin bertungkus-lumus tolong "cover" yang lemah ini hingga ada yang stress dan menerima rawatan psikiatri. Kita telah tidak mengambil apa-apa tindakan sama ada kerana simpati, takut atau memang jenis kita yang tidak bertanggungjawab atau lemah. Jangan sampai anak buah kita melihat kita "nothing special".

Begitu juga bila kita menghadapi penjual-penjual pelbagai perniagaan yang masuk ke sekolah kita. Semua penjual sewajarnya mendapat kebenaran Pengarah Pelajaran Negeri untuk melakukan jualan terutama kepada murid di sekolah kerana Pengarah adalah Pendaftar. Pendek kata jika sampai dekat pondok jaga dan minta surat kebenaran Pengarah kalau tiada jangan benarkan masuk. Ini tidak, kita tidak bagi masuk Guru Besar sekolah B, sekolah D benarkan dan bebas sewenangnya berjualan kepada murid. Semuanya kerana kesian kepada penjual yang merayu dan melutut. Kita tidak terfikir untuk kesian kepada ibu bapa dan murid kita yang bersusah payah mendapatkan wang. Kita mungkin tidak mendengar ibu bapa merungut, "Sekolah ni tak de kerja lain.. duit, duit, duit". Walhal duit itu bukan kita minta tapi kerana urusan berlaku di sekolah dan anak balik meminta wang seolah-olah sekolahlah yang minta wang.

Jadikanlah diri kita pengurus sekolah rujukan terbaik dan yang bijak membuat keputusan berasaskan ilmu bukannya emosi atau secara 'it' (ikut telintas). Jangan kita kelirukan anak buah kita dengan kuasa kita yang ada dan cara pengurusan cacamarba kerana mereka ingin belajar yang terbaik dari kita. Kita percaya spesis yang simpati melulu kian pupus dan pada masa depan kita harap dengan peningkatan ilmu kepada Guru Besar sedia ada dan proses pemilihan Guru Besar yang begitu ketat perkara asas seperti simpati melulu tidak mengganggu urusan kita membangun pendidikan terbilang.

Sumber: Unit Sekolah Rendah JPN Terengganu

0 comments:

Post a Comment