Thursday, December 06, 2012

Kerajaan Peruntukkan RM2.5 Juta Sediakan Mesin Fotostat Kepada 523 SJK Tamil

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.5 juta bagi menyediakan mesin fotostat kepada kesemua 523 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G Palanivel berkata setiap SJK Tamil akan menerima sebuah mesin fotostat baharu bernilai antara RM3,888 dan RM5,088 bergantung kepada jumlah pelajar.

Pengagihan mesin fotostat ini akan dibuat minggu depan dan dijangka diselesaikan dalam tempoh 45 hari memandangkan 60 peratus daripada SJK Tamil berada di luar bandar, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis menandatangani kontrak pembekalan mesin fotostat itu di Menara Dato' Onn di sini, pada Khamis.

Palanivel dan Pengarah Obert Copier Solution Sdn Bhd, PK Chandran menandatangani kontrak tersebut.

Sumber BERNAMA 6/12/2012

0 comments:

Post a Comment