Tuesday, December 18, 2012

Indonesia siasat pembekal bakso campur babi

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Jakarta: Kementerian Perdagangan Indonesia berkata, pihaknya akan mengambil tindakan ke atas pengedar bebola daging yang didapati menjual bahan makanan itu yang dicampur dengan daging babi.

Timbalan Menteri Perdagangan, Bayu Krisnamurthi berkata pengeluar bebola daging atau lebih dikenali sebagai bakso melanggar undang-undang perlindungan pengguna jika berbuat demikian dan boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan denda RP2 bilion (RM632,385) jika sabit kesalahan.

Mereka bagaimanapun boleh dikecualikan daripada tindakan undang-undang jika mengesahkan kepada pembeli dan pengguna terlebih dulu bahawa bakso terbabit bercampur daging babi.

Ambil contoh bakso

Beliau berkata pihaknya kini menjalankan pemeriksaan dan mengambil contoh bakso secara rambang di beberapa kawasan di Jakarta Pusat untuk diuji di makmal. Antaranya termasuk di Senen, Jakarta Pusat, Rawamangun dan Cempaka Putih di Jakarta Timur, Darmaga di Bogor dan beberapa lokasi lain.

“Kami akan melakukan ujian makmal. Jika keputusannya positif, maka ia bermakna pengedar sudah menipu pengguna dan ini adalah satu jenayah. Mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan denda Rp2 bilion,” katanya.

Bay berkata pegawai pentadbiran Jakarta Barat menemui tiga contoh bakso yang dicampur daging babi daripada 34 contoh yang diambil di beberapa buah pasar. - Agensi

Sumber BH Online 17/12/2012

Lihat entri terdahulu - Penjaja Jakarta jual bakso babi

0 comments:

Post a Comment