LONDON - Kebiasaannya bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan dengan berat kurang daripada satu paun (450 gram) sukar untuk diselamatkan kerana kurang memiliki daya juang hidup.
Bagaimanapun, berlainan dengan Maddalena Douse yang dilahirkan enam bulan lalu, yang hanya memiliki berat 382 gram, kerana kejadian yang jarang-jarang berlaku telah membantu menyelamatkan nyawanya.
Sepasang gunting yang secara tidak sengaja tertinggal di atas penimbang telah membantu menambah berat badannya, sehingga menyakinkan para doktor untuk memberi rawatan susulan kepadanya.
Selepas dia diletakkan di dalam mesin khas untuk bayi tidak cukup bulan, sepasang gunting yang secara tidak sengaja tertinggal di atas penimbang menyebabkan berat badannya melebihi berat sebenar bayi itu, sehingga menyakinkan para doktor untuk berusaha menyelamatkan bayi kecil berusia 23 minggu itu.
Setelah diberi rawatan secara berterusan di Hospital Royal Sussex, bayi itu semakin pulih serta sihat, dan dia kini sudah pun dibenarkan pulang ke rumah.
Maddalena sebenarnya mempunyai pasangan kembar, Isabella, namun kembarnya itu meninggal dunia beberapa minggu selepas dilahirkan.
Ibu mereka, Kate, dan bapa, Renato, sangat sedih dengan kematian Isabella serta bimbang Maddalena mengalami nasib yang sama.
Namun, pasangan suami isteri itu sangat gembira dengan perkembangan Maddalena yang dianggap 'menakjubkan.'
"Kami tidak pernah menjangka Maddalena boleh dibawa pulang ke rumah apatah lagi untuk menyambut Krismas ini.Beratnya kini 2.49 kilogram dan semakin kuat dari hari ke hari." katanya. - AGENSI
Sumber Utusan Online 17/12/2012
Amazing and Weird Stories | Mail Online | The Sun UK
0 comments:
Post a Comment