Antara lawak jenaka mengenai kiamat. |
Malah, bagi mereka yang percaya kiamat akan berlaku hari ini pula - 22.20.12 - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sudah menghantar video ke web YouTube bertajuk Why the World Didn’t End Yesterday bagi menerangkan mengapa ia tidak akan berlaku.
Saintis berkata, khabar angin oleh media sosial dan internet mengenai hari kiamat berpunca daripada salah faham kalendar Maya yang berakhir pada 21 Disember tahun ini.
“Ia hanya menandakan berakhir satu pusingan tahun dan bermula tahun baru, seperti 31 Disember yang seterusnya disusuli dengan 1 Januari,” kata Pegawai Kanan NASA, Don Yeomans.
“Sejak manusia mencatat peredaran masa, sudah ada beribu-ribu ramalan mengenai kiamat. Cuma, kita masih di sini,” katanya lagi.
Cerita di internet menyatakan satu planet besar bernama Niburu atau planet X akan melanggar bumi pada Mei 2003.
Kiamat ramalan kalendar Maya. |
Ketua Jabatan Astronomi Bandar Sains dan Teknologi Raja Abdulaziz (KACST), Zaki Abdulrahman Al-Mostafa, berpusat di sini, berkata khabar angin mengenai kiamat jelas ‘tidak berasas dan bertentangan dengan sains dan agama.’
“Tiada apa akan berlaku hari ini dan hari ini serta esok, keadaan sama seperti hari lain pada tahun baru, Insya-Allah,” kata Abdulrahman.
Saintis Arab Saudi itu memberitahu Arab News bahawa ribuan artikel berita mengenai hari kiamat dimuat naik dalam internet mencetuskan kebimbangan bukan hanya di Barat, namun di Asia Barat.
Beberapa wanita yang mengecat hijau wajah mereka berlindung di Kampung Bugarach di Perancis yang dianggap sebagai tempat selamat daripada kiamat. |
“Sudah tentu 21 Disember akan menjadi malam paling panjang di Hemisfera Utara, namun tiada kejadian astronomi akan menyebabkan dunia musnah,” tambahnya.
Katanya, Kutub Selatan akan condong ke arah matahari dalam mencapai kedudukan paling selatannya di langit dan akan berada secara langsung di atas tropik Capricorn pada 23.44 darjah selatan.
“Ini hari pertama musim sejuk atau musim sejuk solstis (paling jauh ke selatan) di Hemisfera Utara dan hari pertama musim panas atau musim panas solstis di hemisfera selatan,” katanya.
Ia akan diikuti satu bulan penuh pada 28 Disember apabila bulan akan berada bertentangan secara langsung dengan bumi dan akan dipancar penuh oleh matahari. - AGENSI
Sumber BH Online 22/12/2012
Sila lihat entri terdahulu: Gunung di Perancis dipercayai tempat UFO muncul pada 'hari kiamat' | Kiamat: Kerajaan Tempatan Perancis terpaksa tutup akses ke kawasan pergunungan
Aljazeera | Business Insider | CNN | Daily News | Dallas News | Detroit Free Press | Emirates 247 | Examiner.com | Huffington Post | Independent | International Business Times | Kenya Daily Eye | Mirror News 1 | Mirror News 2 | New Scientist | Niagara Gazette | Of Particular Significance | Salon | Sun Sentinel | The Atlantic | The Globe and Mail | The Guardian | The Independent 1 | The Independent 2 | The Telegraph | The Washington Post | The Week
0 comments:
Post a Comment