Friday, November 16, 2012

Kiamat: Kerajaan Tempatan Perancis terpaksa tutup akses ke kawasan pergunungan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

CARCASSONNE, Perancis: Kerajaan tempatan di sebuah kawasan pergunungan di sini terpaksa bertindak menutup akses laluan ke sebuah kawasan pergunungan setelah terdapatnya bukti sebilangan penduduk percaya yang dunia akan kiamat menjelang 21 Disember ini dan mereka mungkin mencari perlindungan di kawasan gunung berkenaan.

Ini kerana Pic de Bugarach, iaitu salah sebuah kawasan pergunungan di selatan negara ini dikatakan bakal menjadi pintu utama kemunculan makhluk asing yang akan membuka pintu kepada mereka yang mahu diselamatkan.

Wakil rakyat kawasan berkenaan, Eric Freysselinard berkata beliau telah meminta pihak berkuasa tempatan supaya menyekat akses laluan ke pergunungan itu untuk awam kerana khuatir kumpulan fanatik akan menyebabkan kekecohan dengan menyeru orang ramai agar menyerbu ke situ untuk menyelamatkan diri.

Terdapat sekumpulan mereka yang fanatik dengan kepercayaan bahawa dunia akan kiamat menjelang 21 Disember 2012, berdasarkan tarikh akhir dalam kalendar etnik Mayan.

Kaum Mayan adalah salah satu etnik yang pertama mencipta kalendar dalam sejarah ketamadunan manusia berasaskan perjalanan bulan, planet dan bintang.

Kalendar mereka tidak pernah tersilap sama ada dalam kiraan mahupun tarikh, akan berakhir pada 21 Disember ini.

Terdapat juga ahli astronomi yang membuat kiraan bahawa pada tarikh tersebut kesemua sembilan planet dalam cakrawala Bima Sakti akan berada dalam kedudukan selari dengan matahari dan ini dikaitkan dengan malapetaka kerana tarikan daya graviti antara kesemua planet ini akan mengancam kedudukan bumi mahupun planet-planet yang lain.

Freysselinard berkata, pihak berkuasa tempatan telahpun mengarahkan 100 anggota polis dan bomba diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk mengelak serbuan para fanatik yang percaya kepada ramalan tersebut.

Sementara itu di Guatemala - yang mana separuh daripada populasinya adalah berketurunan Maya turut mengadakan persiapan tertentu sebagai persediaan jika benar, dunia akan berakhir pada tarikh berkenaan sebagaimana yang diramalkan oleh nenek moyang mereka.

Sumber mStar Online 16/11/2012

December212012.com

The Telegraph

The New York Times

0 comments:

Post a Comment