Beliau berkata inovasi yang ditekankan di bawah Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA) itu, selain mengurang intervensi pegawai, juga akan mengurangkan peluang dan ruang berlakunya gejala rasuah serta salah guna kuasa.
"Dengan adanya perkhidmatan atas talian, rakyat akan lebih mudah berurusan dengan kerajaan.
"Sehubungan ini, setiap jabatan dan agensi hendaklah memastikan sasaran yang ditetapkan pada 2015 itu tercapai dengan meneliti dan membangun sistem aplikasi online berkaitan bermula dari sekarang," katanya ketika merasmikan Hari Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa.
Ali mengingatkan dalam merealisasikan harapan kerajaan itu semua penjawat awam perlu memastikan supaya tidak berlaku kebocoran terhadap dokumen-dokumen di peringkat kerajaan.
Sumber BERNAMA 18/12/2012
0 comments:
Post a Comment