Tuesday, November 13, 2012

Tips agar wangian tahan lama

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Sebagai guru atau siapa sahaja yang sentiasa bergaul dengan murid-murid, pelajar, ibu bapa, orang ramai; penampilan yang menarik, kemas, berbau wangi sangat-sangat diperlukan. Ini boleh memberikan keselesaan kepada orang yang kita dampingi.

Berikut diberikan beberapa tips supaya wangian yang digunakan bertahan lama.

1. Semburkan wangian pada titik-titik nadi, kerana bahagian ini adalah bahagian yang memiliki suhu lebih hangat jika dibandingkan dengan bahagian yang lain, misalnya leher dan pergelangan tangan.

2. Semburkan wangian pada bahagian belakang lutut yang terlihat seperti ceruk kerana bahagian ini merupakan bahagian yang boleh menyimpan panas lebih lama.

3. Semburkan wangian pada tengkuk. Mungkin yang kita tahu wangian banyak disemburkan di leher kanan kiri, namun ternyata tengkuk juga boleh membuat wangian tahan lama.

4. Semburkan wangian pada bahagian daun telinga. Bahagian ini juga akan memberi keharuman ketika rambut terurai ditiup angin seperti halnya pada bahagian tengkuk.

5. Semburkan wangian pada bahagian dalam siku. Dengan menyemburkannya pada bahagian ini anda akan tetap wangi sepanjang hari.

6. Semburkan wangian pada bahagian bahu. Ya, sebelah kanan mahupun kiri. Jika ini di lakukan anda akan terasa segar sepanjang hari.

7. Semburkan wangian pada bidang dada. Ehm, pasti anda tidak menyangka bukan kalau ternyata bahagian ini boleh membuat wangian tahan lama.

Selamat mencoba dan nikmati haruman wangian diri anda. Namun masih ada sedikit pertanyaan, bagaimana jika wangian yang digunakan dengan kualiti biasa-biasa saja?

Ada beberapa hal yang tetap perlu diperhatikan, jadikan ini sebagai catatan penting bagi anda.

1. Menyapukan losyen pada bahagian-bahagian di mana anda menyemburkan wangian, kerana secara tidak langsung losyen akan menghapus wangian anda dan menggantinya dengan wangian losyen. Untuk mengatasi ini anda boleh menggunakan losyen terlebih dahulu kemudian baru menyemburkan wangian.

2. Menggunakan wangian seperti oksigen, yaitu dengan menyemburkan wangian berulang kali kerana takut tubuh anda tidak wangi, apalagi bagi mereka yang selalu berhubungan dengan orang ramai, wangian menjadi pilihan utama agar mereka percaya diri. Sebaiknya anda semburkan wangian sekali saja pada bahagian strategik seperti yang disebutkan di atas dan nikmati wangiannya sepanjang hari.

3. Menggunakan wangian yang tidak asli, harganya murah dan tidak berkualiti. Syarat ini harus di penuhi kerana untuk mendapatkan wangian yang berkualiti anda harus menggunakan wangian berkualiti, juga selain itu wangian yang asli juga akan selesa jika terkena kulit. Sekarang anda sudah tahu apa saja tips agar wangian tahan lama.

0 comments:

Post a Comment