Tuesday, November 13, 2012

Stesen Angkasa Antarabangsa

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Stesen Angkasa Antarabangsa (International Space Station, ISS) adalah sebuah gabungan rencana stesen luar angkasa, khususnya Mir 2 Rusia, Stesen Luar Angkasa Freedom Amerika Syarikat dan Fasilitas Orbital Columbus Eropah, mewakilkan kehadiran manusia tetap di luar angkasa: telah ditempati oleh paling tidak dua orang sejak 2 November 2000.

Sekitar 60 tahun yang lalu dunia terlibat ke dalam salah satu perang terbesar dalam peradaban manusia. Bertahun-tahun setelah itu beberapa negara terjerumus ke perang dingin. Siapa yang percaya bahawa sebelum akhir abad ke-20, negara-negara yang sebelumnya adalah musuh bagi sebahagian bangsa yang lain bergabung bersama-sama untuk menciptakan sebuah stesen ruang angkasa?

ISS merupakan projek gabungan dari 16 negara: AS, Rusia, Jepun, Kanada, Brazil dan 11 negara dari Kesatuan Eropah. Dan agensi luar angkasa mereka adalah NASA Amerika, Russian Federal Space Agency, Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA), Canadian Space Agency (CSA/ASC), Brazilian Space Agency (AgĂȘncia Espacial Brasileira) (AEB) dan European Space Agency (ESA).

International Space Station telah memungkinkan kita untuk belajar bahawa kita dapat berkerja bersama-sama secara damai, terutama dalam mengejar pengetahuan ilmiah.

0 comments:

Post a Comment