  | 
Kapsul Soyuz TMA-05M membawa tiga angkasawan, Sunita Williams, 
Yury Malenchenko dan Aki Hoshide selamat mendarat berhampiran 
bandar Arkalyk di utara Kazakhstan, hari ini selepas selesai tugasan 
selama empat bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) | 
ALMATY: Kapsul Soyuz dari Rusia mendarat di Kazakhstan pada Isnin, membawa pulang dengan selamat trio angkasawan dari kapal Stesen Angkasa Antarabangsa yang 
bertugas di sana selama empat bulan. Kapsul angkasa Soyuz TMA-05M yang membawa angkasawan Jepun Akihiko Hoshide, angkasawan Rusia Yuri Malenchenko dan 
angkasawan AS Sunita Williams, terjun melalui angkasa dalam cuaca gelap dan mendung serta mendarat pada pukul 7.56 pagi waktu tempatan (0156 GMT).
  | 
Angkasawan telah dipisahkan dengan cepat daripada 
kapsul dan dibalut dengan selimut haba berwarna biru | 
Satu tepukan gemuruh menyambut pendaratan tersebut di kawalan misi di Rusia berhampiran Moscow, seperti yang ditunjukkan rakaman NASA TV. Satu skrin di dalam 
bangunan menunjukkan mesej: "Kami telah mendarat!" Kapsul dilihat berwarna merah merentasi langit gelap selepas memasuki semula atmosfera Bumi.
Ia mendarat di kawasan lapang yang diliputi salji 52 batu (83 km) timur laut bandar Arkalyk di utara Kazakhstan. Angkasawan telah dipisahkan dengan cepat 
daripada kapsul dan dibalut dengan selimut haba biru. Ketiga-tiga mereka tersenyum dan kelihatan tenang ketika berbual-bual dengan pasukan mencari dan 
pemulihan, rakaman NASA TV menunjukkan. "Udara segar - sangat baik!" kata Williams dalam bahasa Rusia.
  | 
Beberapa petugas memeriksa kapsul roket Soyuz TMA-05M yang membawa pulang tiga kru Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa semalam | 
Ekspedisi 33 krew telah menghabiskan selama 125 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa, dengan penyelidikan $100 bilion yang melibatkan 15 negara dan mengorbit 
250 batu (410 km) di atas Bumi. Anak-anak kapal telah menjalankan beberapa ujikaji, termasuk ujian ke atas tahap radiasi di stesen angkasa dan penyelidikan 
kesan cairan glasier dan perubahan bermusim atas ekosistem Bumi, menurut NASA dalam satu kenyataan.
Tiga lagi angkasawan yang masih berada di Stesen Angkasa Antarabangsa itu ialah Tom Marshburn (NASA), Chris Hadfield (Kanada) dan Roman Romanenko dari 
Russia.
Sumber mStar Online 19/11/2012
Collect Space.com  |  
NASA.gov  |  
Tsenki.com  |  
Rbth.ru  |  
Tok FM.pl
 
0 comments:
Post a Comment