Wednesday, November 21, 2012

Pemandu teksi Singapura pulangkan wang RM2.7 juta

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Sia Ka Tian
SINGAPURA - Seorang pemandu teksi di sini dijulang sebagai wira kerana memulangkan wang tunai berjumlah AS$900,000 (RM2.7 juta) milik pasangan pelancong Thailand yang tertinggal di dalam teksinya.

Wang kertas berjumlahRM2. 7 juta
yang ditemui Ka Tian di dalam
teksinya selepas ditinggalkan
sepasang pelancong
warga Thai kelmarin
Pemandu berusia 70 tahun itu, Sia Ka Tian berkata, dia terkejut menemui wang tersebut di dalam sebuah beg kertas berwarna hitam di tempat duduk belakang selepas menurunkan mereka di sebuah pusat beli-belah di sini.

"Apabila saya melihat wang itu, saya berfikir masalah sudah datang. Saya pasti terdapat sekurang-kurangnya AS$200,000 (RM612,800) di dalam beg itu," katanya yang sudah 31 tahun memandu teksi.

Ka Tian di sisi teksinya
Namun, apabila dia membawa beg kertas itu pulang ke syarikat pengangkutan teksi ComfortDelGro tempat dia bekerja, rakan-rakannya yang mengira wang itu terkejut kerana beg itu mengandungi wang sebegitu banyak.

Beg tersebut mengandungi sejumlah wang kertas bernilai seribu dolar Singapura. "Duit itu tidak penting buat saya. Ia bukan milik saya, jadi bagaimana saya hendak gunakannya?" katanya kepada akhbar Straits Times.

Ka Tian terkejut temui wang dalam
beg kertas hitam dalam teksinya
Pasangan warga Thai tersebut melaporkan kehilangan tersebut kepada syarikat ComfortDelGro dan Ka Tian siap sedia menunggu apabila mereka tiba untuk menuntut kembali wang itu.

Bagaimanapun, akhbar berkenaan tidak menyatakan tujuan pasangan itu membawa wang dalam jumlah yang begitu banyak. Ka Tian pula menerima sejumlah ganjaran daripada pasangan tersebut tetapi jumlahnya tidak didedahkan.

Pihak syarikat turut merancang untuk memberikan anugerah kepada Ka Tian kerana sikap jujurnya itu. "Kami amat berbangga dengannya (Ka Tian) dan lega kerana penumpang tersebut menemui semula wang mereka," tambah jurucakap yarikat penghantar itu, Tammy Tan.

Pada 2009, seorang pemandu teksi lain mengembalikan beberapa jongkong emas seberat lima kilogram bernilai 377,000 dolar Singapura (RM942,807) yang ditemui di dalam teksinya. - AFP

Sumber Kosmo! Online 21/11/2012

South China Morning Post  |  Montreal Gazette

0 comments:

Post a Comment