Paris: Sejenis virus baru SARS (Sindrom Pernafasan Akut) yang mencetuskan kebimbangan kesihatan tahun ini berkait rapat dengan virus yang ditemui pada kelawar Asia, menurut satu kajian diterbitkan semalam.
Saintis di Belanda berkata, mereka menyusun kod genetik satu sampel virus diambil daripada seorang lelaki 60 tahun yang mana kematiannya di Jeddah, Arab Saudi, Jun lalu mencetuskan ketakutan bahawa SARS kembali semula dalam bentuk baru.
Jenis baru itu digelar, HCoV-EMC/2012, adalah sebahagian keluarga virus digelar virus korona, namun dalam kategori khusus dipanggil korona virus beta.
Paparan imej sefokus satu makrofaj dalam paru-paru seekor tikus yang dijangkiti dengan virus SARS-corona |
Corona virus |
Sumber BH Online 21/11/2012
Brisbane Times | The News | Los Angeles Times
0 comments:
Post a Comment