KUALA LUMPUR - Sistem MyDistress, yang menggunakan aplikasi penghantaran isyarat kecemasan dengan menekan satu ikon pada telefon pintar, akan diperluas ke seluruh negara jika kajian di Selangor mendapati ia membantu mengurangkan jenayah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata melalui penggunaan MyDistress, isyarat akan terus dihantar ke Bilik Gerakan di Ibu Pejabat Polis Selangor.
Sistem itu juga dilengkapi dengan Sistem Pengesanan Global (GPS) yang akan membantu polis mengesan individu yang menghantar isyarat ke lokasi berkenaan, katanya ketika menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) di Dewan Rakyat hari ini.
Lee berkata walaupun statistik jenayah menunjukkan penurunan dan jenayah adalah terkawal, kerajaan sentiasa mempertingkatkan inisiatif ke arah mengurangkan kadar jenayah.
Sumber BERNAMA 21/11/2012
0 comments:
Post a Comment