Tuesday, November 06, 2012

Golongan Pendidik Perlu Sampaikan Ilmu Berdasarkan Fakta Yang Betul - Rais

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

TANJUNG MALIM - Golongan pendidik, khususnya pensyarah dan guru, perlu menyampaikan ilmu berdasarkan fakta serta lunas sejarah yang betul supaya boleh diterima pakai oleh semua lapisan masyarakat.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata golongan itu harus mengenali fakta yang tepat menerusi kajian dan tidak menyimpang dari apa yang dianggap fakta yang diterima.

"Negara kita mempunyai hampir 60 universiti yang melahirkan masyarakat yang terkenal seperti pensyarah, pemimpin dan sebagainya.

"Jika budaya fakta itu tidak ada dalam diri mereka, kita akan jadi bangsa yang kucar kacir, sebab itu kita mesti hargai fakta. Cara hargainya adalah mengenalnya menerusi penyelidikan dan apa yang dianggap fakta yang boleh diterima dan digunakan dalam hujah kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) dan Program Renta Kampus serta Program Ramah Mesra Mentor Menteri Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama Mahasiswa di sini Selasa.

Sumber BERNAMA 6/11/2012

0 comments:

Post a Comment