Monday, October 08, 2012

Pelancaran Frog VLE Peringkat Sekolah

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Pelancaran program Frog VLE - Virtual Learning Environment (Persekitaran Pembelajaran Maya) peringkat sekolah telah dijalankan pada 8 Oktober 2012. Majlis dimulakan dengan taklimat, disusuli dengan tayangan video dan seterusnya pelancaran rasminya oleh Guru Besar sendiri.

Pengenalan

Merupakan komponen perkhidmatan di dalam 1BestariNet untuk memudahkan guru dan murid berinteraksi secara maya. Pelaksanaan VLE merupakan tunjang utama di sediakan dalam perkhidmatan 1BestariNet di mana penggunaan internet dilaksanakan secara menyeluruh di dalam proses pembelajaran.

Fokus Utama

Melakukan transformasi pendidikan. Setiap murid perlu mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan teknologi yang mencorak dunia masa kini, berfokus kepada kaedah pendidikan berasaskan Internet di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengembangkan modal insan serta meningkatkan penggunaan Internet dikalangan masyarakat, 1BestariNet memperluaskan teknologi untuk meningkatkan tahap pendidikan dan melengkapkan murid dengan kemahiran sewajarnya bagi menghadapi dunia masa kini.

0 comments:

Post a Comment