Tuesday, October 09, 2012

Kajian Mendalam Berhubung Modul Baharu Tingkatkan Kemahiran Guru

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Kerajaan akan menjalankan kajian mendalam berhubung modul baharu menggunakan teknologi maklumat (IT) bagi menaik taraf dan meningkatkan kemahiran guru dan bukan membandingkannya dengan cara tradisional dan konvensional, kata Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata modul baharu itu boleh membawa kepada kemungkinan yang sangat menarik daripada menghantar guru ke institut semasa cuti persekolahan.

"Kita perlu mengenal pasti beberapa guru cemerlang dalam setiap subjek pada setiap tahun, mendapatkan mereka bagi membangunkan kandungan dan meletakkannya dalam talian manakala guru-guru lain menjadi mentor dan fasilitator," katanya pada akhir mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa MSC Malaysia (IPA) di sini, Selasa.

"Ini adalah kelebihan utama dalam soal bagaimana kita boleh menggunakan dan mengembangkan IT bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan bakat yang kita ada dalam negara," katanya. Najib berkata trend di Amerika pada masa ini adalah bagi profesor terkemuka untuk mengajar secara online dan mereka boleh mencapai 100,000 hingga 150,000 pelajar berbanding saiz bilik darjah tradisional.

Dalam mesyuarat Selasa, beliau berkata satu spektrum baharu diperlukan dalam pendidikan. "Kita boleh menyebarkan spektrum pendidikan bukan sahaja dalam hasil yang asas tetapi membuka lebih banyak peluang bagi perkongsian dengan sektor swasta untuk menghasilkan lebih banyak peluang pada masa depan," katanya.

"Kita percaya konsep mengiktiraf mereka yang berpencapaian tinggi, mereka yang menggunakan IT dengan cara pendekatan baharu yang signifikan tidak sepatutnya dihadkan kepada usahawan tetapi juga kepada golongan profesional termasuk guru-guru yang boleh menjadi ikon kepada guru-guru lain dan pelajar-pelajar," katanya.

Sumber BERNAMA 9/10/2012

0 comments:

Post a Comment