Polis pada Rabu menasihati orang ramai supaya tidak menaiki teksi yang sudahpun dinaiki penumpang sebagai langkah keselamatan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata ini berikutan insiden pemandu teksi dan penumpang menyamun seorang warganegara asing di Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya (MEX) Selasa. Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, seorang buruh kasar warganegara India kerugian RM3,000 setelah disamun tiga lelaki warga tempatan sebelum ditinggalkan di tepi jalan di KM9.4 MEX.
"Mangsa yang dalam perjalanan pulang ke Kajang, tiba-tiba diugut bunuh oleh seorang daripada `penumpang' teksi itu jika tidak menyerahkan wang. Selepas menyerahkan wang, dia ditinggalkan di tepi jalan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, pada Rabu.
Beliau berkata seorang Inspektor Polis di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, yang kebetulan melalui lebuh raya itu, menemui mangsa sedang meminta pertolongan.
Sumber BERNAMA 10/10/2012
0 comments:
Post a Comment