Thursday, October 11, 2012

Google Maps Membolehkan Anda Menyelam Ke Dasar Laut Terus Dari Komputer Anda

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Google terus menambah satu demi satu fungsi baru pada aplikasi peta mereka, dimana selepas membawakan sokongan lebih kurang sama pada Google Earth sebelum ini, kini fungsi untuk menjelajah lautan terus melalui pelayar web turut sama diintegrasikan pada Google Maps.

Dengan sokongan ini, ia membolehkan para pengguna seluruh dunia menyelam ke dasar laut, dan melihat gambaran dekat keindahan laut dan kehidupan didalamnya.


Buat masa ini, memandangkan ia masih lagi pada peringkat awal, maka lokasi yang disokong masih lagi terhad, dan belum menyeluruh lagi. Namun, untuk berkongsi beberapa pandangan yang menarik, Google Malaysia berkongsi beberapa pautan khas untuk memberikan idea awal, termasuk:
1. Lihat penyu berenang bersama sekumpulan ikan (Great Barrier Reef)
2. Ikuti pari Manta (Great Barrier Reef)
3. Alami terumbu karang pada waktu matahari terbenam (Great Barrier Reef)
4. Lihat batu karang purba, yang mungkin berusia beberapa ratus tahun (Apo Island, sebuah pulau gunung berapi dan rizab laut di Filipina)
5. Sertai penyelam snorkel di Bay Oahu Hanauma (Hawaii)
6. Hanyut atas terumbu karang yang luas di kawah Maui Molokini (Hawaii)

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut dan, sudah tentu, peluang untuk pergi meneroka.
Google Maps: Street View

0 comments:

Post a Comment