En. Mohd Hairul Razib bin Nordin
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Program Susu 1 Malaysia 2012
Program Susu 1Malaysia 2012 telah dijalankan di SK Jeram Batu 20 bermula dari bulan Mac dan dijangka berakhir pada bulan November. Unit RMT yang diketuai oleh Pn. Nur Mazida Bt Mazlan telah diberi
tanggungjawab untuk melaksanakan program ini dengan berkesan. Program ini dijalankan sebanyak 2 kali bagi setiap minggu persekolahan iaitu pada hari Selasa dan Khamis. Murid-murid dikehendaki berkumpul di tapak perhimpunan seawal jam 7.25 pagi bagi mendengar taklimat dan tatacara minum yang betul.Semua murid akan diberikan sekotak susu 1Malaysia untuk diminum pada hari yang ditetapkan.
Pelaksanaan program di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran itu, bukan
setakat memperkenalkan program Susu 1Malaysia malah bermatlamat untuk
mewujudkan generasi muda Malaysia yang kuat, sihat dan secara mentalnya
lebih dinamik pada masa depan. Ia juga memberi kesan dan manfaat besar
sekiranya setiap pelajar sekolah rendah dapat dididik untuk membiasakan
diri meminum susu setiap hari.
Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Bagi Pertandingan Kebersihan dan
Keceriaan Kelas 2012
Keceriaan Kelas 2012
Majlis
penyampaian hadiah dan sijil bagi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
2012 telah dijalankan pada 29.10.2012 (Isnin) di tapak perhimpunan sekolah.
Pertandingan ini
yang dijalankan mulai bulan Mac sehingga Oktober telah meningkatkan kualiti
kebersihan dan keceriaan setiap kelas. Unit Kebersihan (Program 3K) yang
diketuai oleh Pn. Hairuzi Bt Miskun (Guru Cemerlang) telah mengendalikannya
dengan begitu baik sekali. Berikut merupakan keputusan penuh pertandingan dan
guru kelas yang terlibat:
Tahap 1 :
|
Johan
|
- Kelas 2 Jaya
|
- Pn. Azizah bt. Md. Saleh
|
Naib Johan
|
- Kelas 3 Jaya
|
- Pn. Noraini bt. Nozlan
|
|
Ketiga
|
- Kelas 1 Jaya
|
- Cik Siti Nur Hartini bt.
Ramlee
|
|
Tahap 2 :
|
Johan
|
- Kelas 6 Jaya
|
- Pn. Rosmawati bt.
Akhomat
|
Naib Johan
|
- Kelas 6 Usaha
|
- Pn. Nur Hayati bt. Yasir
|
|
Ketiga
|
- Kelas 5 Usaha
|
- Pn. Siti Khatijah bt.
Mohd Isa
|
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Kebersihan, guru-guru kelas dan murid-murid
yang telah menjayakan pertandingan ini. Tahniah juga diucapkan kepada
kelas-kelas yang telah memenanginya.
Pertandingan Memasak Antara Rumah Sukan Bagi Murid Tahun 6
Pertandingan memasak antara rumah sukan bagi murid tahun 6 telah diadakan selama 2 hari iaitu mulai hari Rabu sehingga Khamis (24-25.10.2012) di tapak perhimpunan sekolah. Pelbagai juadah masakan telah disediakan dan dihidangkan oleh murid-murid tersebut antaranya ialah siakap 3 rasa, kailan ikan masin, tomyam campur dan air koktail. Pertandingan ini telah dikelolakan oleh guru-guru tahun 6 sebagai sebahagian program untuk murid-murid selepas UPSR.
![]() |
Aktiviti memotong buah tembikai. |
![]() |
Murid-murid menunjukkan bakat yang tersendiri semasa memasak. Jelas terpancar wajah keseronokan murid-murid yang terlibat. |
![]() |
Antara pelbagai juadah yang disediakan. Siakap 3 rasa, kailan ikan masin, tomyam campur dan air koktail. |
Ceramah Keselamatan Oleh Wakil Syarikat Papermate
Ceramah keselamatan oleh wakil syarikat Papermate telah diadakan di sekolah pada hari Rabu (31.10.2012) dari jam 12.10 p.m. sehingga 12.50 p.m. Ceramah ini mendedahkan murid tentang keselamatan diri di jalanraya serta cara-cara menunggang basikal dan menggunakan isyarat tangan dengan betul. Di penghujung sesi ceramah telah diadakan program menukar pen yang telah kehabisan dakwat kepada pen Papermate yang baharu.
Wakil syarikat Papermate memberikan ceramah keselamatan
Murid-murid diberikan kupon pembelian pen Papermate di Giant
Sesi penukaran pen lama kepada pen Papermate yang baharu
Murid-murid memberi perhatian yang penuh semasa sesi ceramah
Guru-guru terlibat secara aktif semasa ceramah diadakan
Klik di sini
SARANA SEKOLAH SARANA IBU BAPA
atauKlik di sini
0 comments:
Post a Comment