Sunday, May 18, 2014

Makanan wajib dalam menu harian

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Makan merupakan perkara penting dalam menjalani kehidupan seharian. Namun, persoalan yang sering timbul adalah sama ada makanan yang dimakan setiap hari itu benar-benar berkhasiat? Jika anda mengamalkan diet yang tidak seimbang, maka kesihatan anda sudah tentu akan terjejas.

Oleh itu, pengamalan diet yang seimbang adalah sangat penting bagi tubuh mengekalkan kesihatan tubuh badan anda. Di sini, kami ingin kongsikan tips makanan berkhasiat yang boleh memberikan manfaat kepada tubuh badan anda.

Yogurt
Yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang berfungsi untuk mengusir bakteria tidak baik di permukaan usus, sekaligus meningkatkan daya ketahanan badan di samping berupaya melindungi badan daripada serangan kanser. Tetapi tidak semua yogurt mengandungi bakteria baik. Oleh itu, jika anda ingin membeli yogurt, pastikan ianya mempunyai label yang tertulis ‘mengandungi kultur yang hidup dan aktif’.

Tomato
Warna merah pada buah tomato mengandungi banyak likopen yang kaya dengan antioksidan. Malah, penyelidikan menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan likopen mampu mengurangkan risiko penyakit paru-paru, kanser prostat, kanser kulit, kanser usus dan pengumpulan plak di pembuluh darah.

Lobak merah
Lobak merah ini kaya dengan karotenoid di mana ia mampu mengurangkan risiko penyakit kanser dan artritis rheumatoid.

Blueberi
Buah blueberi ini sangat kaya dengan antioksidan, serat, vitamin A dan C, di mana ia dipercayai dapat mencegah kanser, diabetes dan meningkatkan daya ingatan.

Soya hitam
Semua jenis kacang soya baik untuk kesihatan jantung, namun soya hitam mempunyai khasiatnya yang tersendiri, iaitu ia dapat meningkatkan daya ingatan dan fikiran. Ini kerana soya hitam kaya dengan antosianin, iaitu sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat memperbaiki fungsi otak. Soya hitam juga mempunyai protein dan serat serta mempunyai kalori yang rendah.

Gandum
Gandum kaya dengan serat yang bersifat boleh larut dalam air, di mana ia bertindak untuk mengurangkan risiko serangan jantung. Gandum juga kaya dengan karbohidrat.

Bayam
Sayur bayam mengandungi asid lemak Omega 3 dan Folat yang membantu menurunkan risiko penyakit jantung, strok dan osteoporosis. Malah, ia juga dipercayai mengandungi zat yang boleh meningkatkan tenaga lelaki, yang dikenali sebagai folat yang mana ianya berupaya meningkatkan aliran darah ke zakar.

Sumber: Tupai.my

0 comments:

Post a Comment