Sunday, March 09, 2014

Kebaikan dan manfaat coklat

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Coklat susu atau coklat hitam?

Coklat susu (putih) memang enak dimakan berbanding coklat pahit (hitam) malah kajian mendapati coklat susu kini lebih menjadi pilihan. Namun, coklat susu mempunyai kandungan lemak tepu tidak sehat yang tinggi, gula dan kalori – semuanya tidak baik untuk kesihatan – kerana ia mengandungi susu (jika dimakan
berlebihan!). Malah, kandungan kokonya yang lebih rendah menyebabkan kandungan antioksidannya kurang berbanding coklat hitam.

Sekeping coklat hitam mengandung dua kali ganda antioksidan dan kalori rendah dibanding coklat susu. Dua belas biji koko diperlukan untuk menyediakan satu oz (28.3 gram) coklat hitam berbanding hanya empat biji koko untuk menghasilkan satu oz
(28.3 gram) coklat susu. Satu-satunya kelebihan coklat susu berbanding coklat hitam ialah ia mengandung kalsium. Jadi, coklat yang baik untuk kesihatan iaitu coklat hitam, tanpa kandungan susu.

Mengandung beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, vitamin D dan vitamin E. Selain
itu, coklat juga mengandung zat mahu pun nutrisi yang penting untuk tubuh seperti zat besi, kalium dan kalsium. Kakao/koko sendiri merupakan sumber magnesium semulajadi tertinggi.

Manfaat coklat bagi kesihatan :

1. Anti depresi, kerana coklat memiliki bahan dasar: Theobromine (600 mg) yang dapat menstimulasi jaringan saraf dan jantung.
Caffeine (70mg) dapat berfungsi sebagai anti depressant (kemurungan). Serotonine (3mg) Merupakan anti stress neurotransmite. Tyramine (2mg Dari Amino acid.

2. Memperbaiki fungsi kerja jantung, dengan kandungan flavonoid di dalamnya. Coklat juga mengandung antioksidan, dikenal sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Lemak dalam coklat tidak memberi
kesan kepada kolesterol darah.

3. Coklat dapat mengubati batuk. Menurut para ahli pemakanan, kimia yang ditemukan dalam coklat lebih baik dalam menyembuhkan batuk dibanding ubat batuk. Hal ini didasari pada sebuah kandungan yang disebut theobromine yang dapat mencegah batuk.

4. Coklat melindungi dari kanser. Coklat mengandung tingkat
polyphenols yang tinggi, kandungan yang ditemukan dalam makanan yang berasal dari tumbuhan yang bertindak sebagai antioksidan yang dapat membantu melindungi dari penyakit serius seperti kanser.

5. Coklat melindungi dari strok. Sebuah penelitian di Universiti California mengungkapkan coklat dapat membantu mencegah pembekuan darah, sesuatu yang dapat membantu pesakit terkena
strok. Para peneliti mengatakan coklat memiliki pengaruh yang sama dengan aspirin yang dikenal sebagai antipembekuan darah.

6. Coklat mencegah tekanan darah tinggi. Penelitian baru-baru ini menemukan kandungan yang terdapat dalam coklat dapat membantu mencegah tekanan darah tinggi kerana coklat kaya flavanol, sejenis antioksidan yang dapat menjejaki dan menghancurkan kimia berbahaya dalam tubuh yang menyebabkan penuaan dan berpotensi pada penyakit serius.

7. Meningkatkan fungsi seksual. Berdasarkan penelitian di Milan, coklat dapat menaikkan fungsi seksual pada pemakan coklat daripada yang bukan pemakan coklat.

8. Coklat kuatkan tenaga batin. Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya
mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab.

9. Coklat tidak merangsang pertumbuhan jerawat. penyelidik
Fakulti Perubatan Pennsylvania dan US Naval Academy mengatakan mengambil coklat asli tidak menyebabkan jerawat atau memberi apa-apa kesan kepada keadaan kulit. Malah, kebanyakan doktor percaya jerawat tidak mempunyai sebarang kaitan dengan corak pemakanan. Bagaimanapun, masalah jerawat boleh berlaku jika coklat itu mengandungi susu.

Jenis Coklat Paling Sihat

Banyak jenis coklat yang terdapat di pasaran. Ada yang harganya mahal, ada pula yang harganya murah. Apakah perbezaannya? Berikut ini perbandingan jenis coklat dan manfaat masing-masing.

Dark Chocolate/Plain Chocolate/Black Chocolate (Coklat Asli)

Dark Chocolate memiliki kandungan biji coklat (kakao) yang paling tinggi iaitu sekurang-kurangnya 70% mengandungi kakao. Dark chocolate memiliki kandungan kakao atau biji coklat terbanyak, tanpa banyak gula dan tanpa lemak tepu atau minyak sayur terhidrogenasi (HVO).

White Chocolate (Coklat Putih)

White chocolate atau coklat putih mengandungi 20% kandungan cocoa butter atau lemak sayuran tanpa sebarang koko asli, sisanya adalah gula, susu dan vanila. Kandungan gula inilah yang dapat memberikan kesan negatif, seperti kerosakan gigi dan penyakit diabetes.

Milk Chocolate (Coklat Susu)

Milk chocolate atau coklat susu merupakan campuran kakao dengan susu dan ditambah gula. Kandungan koko ialah hanya 20%-25%. Coklat jenis ini juga sangat digemari kerana rasanya yang enak dan lazat.

Jangan Makan Coklat Sembarangan

Kesilapan yang sering dilakukan ialah membeli coklat yang berharga murah. Biasanya coklat sedemikian memiliki kandungan kakao (biji coklat) yang sedikit iaitu rata-rata kurang daripada 20%, bahkan ada yang kurang dari 7%. Coklat jenis ini juga memiliki kandungan gula yang tinggi, kandungan lemak tepu tinggi dan juga kadang-kadang mengandungi kandungan minyak sayur terhidrogenasi yang tinggi (HVO) sehingga mengakibatkan kerosakan gigi dan gangguan kesihatan seperti penyakit diabetes.

Produk coklat lainnya yang juga berbahaya dan buruk untuk kesihatan khususnya yang berupa 'fondant' (biasanya digunakan untuk menghias kek) dan 'praline'. Fondant sebenarnya mengandung 100% pemanis dan praline juga sama kesan negatifnya.

Sebaik mungkin pilihlah coklat dengan kandungan gula yang sedikit agar anda dapat menikmati manfaat besar yang dimiliki coklat. Manfaat coklat sebenarnya terletak pada jenis coklat yang mempunyai kandungan koko yang tinggi. Jangan lupa, jaga kesihatan anda. Pastikan anda tahu coklat mana yang harus dipilih!

0 comments:

Post a Comment