Wednesday, January 15, 2014

Urutan waktu kehidupan bumi, sistem suria dan alam semesta

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Dari BBC, masa depan bumi dan manusia dari 1,000 tahun ke depan, 10,000 atau 10 quadtriliun ke depan. Untuk belajar seperti apa kehidupan di masa mendatang.

Sebahagian ceritanya seperti ini:

Seribu tahun lagi:
Bangunan lama, jambatan dan empangan yang sudah dibina sekarang akan hancur.
Bintang baru dari Gamma Cephei menggantikan bintang Polaris, Iota Cephei menguasai.
Komet Hole-Bopp kembali pada tahun 2,372.

Sepuluh ribu tahun dari sekarang:
Reaktor nuklear Chernobyl akhirnya benar-benar bebas dan tidak menyebarkan radiasi lagi.
Gas CO2 akan mencapai 14% bila tidak ditemukan penyelesaian.
Tahun 18,860, kalender Islam dan Masihi akan bertemu pada tahun 20,860.
Tahun 25,000 pesanan radio yang dikirim pada 16 Nov 1974 akan diterima di cluster Messier 13, kerana itu galaksi terdekat dengan bumi.
Tahun 50,000, ais di Greenland akan mencair kerana panas bumi, suhu bumi sudah naik +2C.

100,000 tahun dari sekarang:
Mereka yang mengunakan bahan titanium, akhirnya berkarat juga.
Pesawat tanpa anak kapal Voyager 2 dan Sirius akan mencapai jarak 4.7 tahun cahaya. Itu baru sampai di posisi bintang paling terang yang kita lihat setiap malam.
Tahun 500,000 kemungkinan satu asteroid sangat berbahaya akan menghentam bumi, ukurannya 1km.
Bahan plutonium yang disimpan akhirnya tidak menimbulkan radiasi lagi.
Kemungkinan terjadi zaman ais, kerana manusia tidak memiliki bahan bakar minyak untuk dibakar.

1 juta tahun dari sekarang:
Satu bintang raksasa Super Giant Betelgeuse akan meledak dan terlihat di siang hari.
Monumen yang dibangun manusia akhirnya rosak.
Bahan kaca yang menjadi sampah akan mengalami degradasi ke alam kembali.
Bintang Star Gllese 710 akan melintas dekat dengan jarak 1.1 tahun cahaya dari matahari. Mungkin akan menganggu orbit planet di sistem suria.

4 juta tahun ke depan:
Pioneer 11 akhirnya mencapai jarak 125 tahun cahaya.
Tahun 5,0000,000; Afrika akan berlanggaran dengan benua Eurosia. Membentuk gunung setinggi Himalaya. Australia dan Indonesia akan bergabung menjadi satu daratan.
Ais di Antartika akan meleleh, menaikkan air laut setinggi 75 meter.
Era kerajaan galaksi. Manusia akan hilang dan pergi dengan kecepatan sub cahaya.
Tahun 60,000,000; orbit bumi tidak boleh diduga mungkin agak kacau-bilau.

Tahun 150,000,000:
Laut Atlantik akan mengecil kerana Amerika dan Afrika semakin rapat. Benua lain akan berubah dibanding saat ini.
Tahun 240,000,000; pertama kali sistem suria selesai mengeliling satu kali galaksi Bima Sakti (Milky Way).
Tahun 600,000,000; mungkin tidak ada kesan dengan pasang surut air laut dengan bulan. Kerana bulan semakin jauh dari bumi.
Kemungkinan tumbuhan tidak boleh hidup, sekitar 99% spesies akan mati.
Tahun 800,000,000; berakhirnya kehidupan makhluk multisel (multicellular).

Tahun 1,000,000,000 atau 1 ribu juta tahun lagi:
Matahari akan semakin terang, mencapai 10% dari cahaya saat ini. Kepanasan permukaan bumi seluruhnya naik sampai 47C. Akan berimpak seperti rumah kaca, lautan mulai mengering.
Tahun 2,300,000,000; berakhirnya magnet bumi. Inti bumi akan membeku, bumi tidak berputar lagi dan bumi tidak boleh melindungi cahaya matahari.
Tahun 2,800,000,000; berakhirnya bumi, kerana bumi sangat panas mencapai 147C.

Tahun 4,000,000,000:
Galaksi Bima Sakti akan bertemu dengan Andromeda. Akan terjadi perlanggaran besar-besaran. Membentuk galaksi Milkomeda.
Tahun 5,400,000,000; bila sistem suria selamat dari perlanggaran 2 galaksi. Matahari akan kehabisan hidrogen dan mulai berubah menjadi bintang raksasa berwarna merah.
Tahun 7,900,000,000; matahari akan menggelembung secara maksimum. 256x dari ukuran sekarang. 3 planet paling dekat mungkin hancur.
Tahun 8,000,000,000; matahari akan mengecil menjadi bintang putih atau White Dwarf. Tersisa menjadi bintang dengan karbon dan oksigen dan masanya susut hanya 54%.
Tahun 14,400,000,000; matahari akan mati menjadi bintang hitam atau Black Dwarf. Matahari tidak akan terlihat lagi kerana tidak memiliki cahaya.
Tahun 20,000,000,000; semua benda di ruang angkasa akan menjauh dan terus menjauh tanpa batas.

Tahun 100,000,000,000:
Gugus galaksi terdekat akan bergabung, semua galaksi menyatu, dan prosesnya memerlukan waktu 1 triliun tahun. Seterusnya...

Sumber: BBC - Future Science

0 comments:

Post a Comment