Monday, January 20, 2014

Mesyuarat Agung PIBG dan Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia RM100 Tahun 2014

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Ibu bapa / penjaga murid, Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20 adalah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bagi kali ke 41, sesi 2013/2014 dan majlis penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia RM100 Tahun 2014.

Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi melancar dan menjayakan kedua-dua majlis itu nanti.

Butirannya seperti ketetapan berikut:
Tarikh
: 21 Januari 2014 (Selasa).
Masa
: Seperti di bawah.
Tempat
: SK Jeram Batu 20.
Perasmi
: YB Dato’ Hj. Amiruddin b. Setro, DPMS., ASA.,
  Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
  Kawasan Jeram.

Ringkasan Tentatif Program:
1:30 ptg.
:
Penyemakan Dokumen untuk Ibu Bapa Tahun 1 hingga Tahun 5.

:
Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia untuk Ibu Bapa Tahun 1 – Tahun 5.

:
Rehat.
2:30 ptg.
:
Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga & Penyemakan Dokumen untuk Ibu Bapa Tahun 6.
3:00 ptg.
:
Mesyuarat Agung PIBG.
4:00 ptg.
:
Ketibaan YB Dato’ Hj. Amiruddin b. Setro, DPMS., ASA., ADUN Jeram.

:
Majlis Perasmian.
4:30 ptg.
:
Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia untuk Ibu Bapa Tahun 6.

:
Penyampaian Cenderahati.
5:00 ptg.
:
Majlis Bersurai.


Syarat Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia:
1. Warganegara Malaysia.
2. Bawa Kad Pengenalan asal ibu atau bapa atau penjaga.
3. Bawa Sijil Lahir anak.
4. Nyatakan Menerima atau Menolak.
5. Turunkan tandatangan.

0 comments:

Post a Comment