Thursday, January 30, 2014

Kunyit baik untuk kulit wajah

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Kunyit atau Curcuma longa.
Kunyit (Curcuma longa) selalunya digunakan bagi melazatkan pelbagai jenis makanan, namun tahukah anda bahawa kunyit sebenarnya mempunyai kebaikan dalam penjagaan kulit wajah.

Berikut beberapa kebaikan kunyit yang boleh merawat dan mencerahkan kulit wajah agar tampak berseri.

Membuat kulit bersinar
Pokok kunyit.
Kunyit dapat membuatkan kulit kita tampak lebih bersinar dan licin dari dalam kulit.

Menghaluskan kulit
Kunyit membantu meringankan segala macam masalah kulit dan membuat kulit menjadi halus dan mulus.

Menghilangkan kerutan/garis halus di wajah
Masalah ini juga sering kali yang menjadi perhatian dari banyak wanita iaitu masalah penuaan. Yang terutama adalah kerutan di wajah. Untuk mengatasinya, anda boleh menggunakan manfaat kunyit yang akan dapat menyamarkan tanda-tanda penuaaan. Kulit anda akan kelihatan lebih tegang dan muda.

Serbuk kunyit.
Mengatasi masalah jeragat/bintik hitam
Kunyit juga dapat membantu menghilangkan jeragat/bintik hitam di wajah dengan khasiatnya yang berkesan.

Menghilangkan jerawat
Manfaat kunyit juga mampu menghilangkan jerawat dengan melawan kuman jerawat supaya jerawat dapat diatasi tanpa meninggalkan kesan.

Rujukan : Wikipedia

Sumber : Azwa - Tupai

0 comments:

Post a Comment