


Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua, tidak kira di mana sahaja anda berada. Marilah kita terus mengamalkan perpaduan, sikap hormat menghormati dan mengukuhkan kerjasama antara kita.

Kepada guru-guru dan seluruh warga sekolah, berusahalah dengan lebih gigih lagi bagi meningkatkan tahap kecekapan dan profesionalisme dalam melaksanakan dasar-dasar kementerian juga kerajaan bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anak-anak didik kita, sama ada di bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum, dalam sekolah mahupun di luar kawasan sekolah.

Pihak sekolah juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima-kasih kepada anda semua warga


Ucapan terima kasih juga tak lupa diucapkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah, Jawatankuasa Pewaris sekolah, Badan Kebajikan Pendidikan Khas sekolah, Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan sekolah, para ibu bapa dan penjaga serta masyarakat setempat yang amat mengambil berat, penuh keprihatinan tentang kesejahteraan sekolah, pendidikan anak-anak dan memberikan sokongan padu kepada pihak sekolah dalam meningkatkan mutu pencapaian pendidikan anak-anak.


Akhir kata, marilah kita bersama-sama mengatur langkah
mengharungi 2014 dengan penuh azam, tekad dan semangat untuk memberikan sumbangan yang terbaik kepada anak-anak didik, sekolah kita dan tanahair tercinta, Malaysia.
Terima-kasih. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat Menyambut Tahun Baru 2014.
Ikhlas daripada:
Guru Besar dan Seluruh Warga
Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20,
45800 Jeram. Selangor.
0 comments:
Post a Comment