Aplikasi Blue-Marble adalah kumpulan foto yang diambil dari pencitraan satelit. Foto yang dikumpulkan hanya foto pada malam hari. Aplikasi ini digunakan oleh jurugambar bintang. Kerana mereka boleh mengetahui di mana daerah yang minimum pencemaran cahaya.
Mungkin anda pernah mencuba mengambil gambar bintang, nyatanya hanya beberapa saja tampak di langit. Itu disebabkan oleh pencemaran cahaya kota. Umumnya jurugambar pemburu bintang akan pergi ke daerah sangat terpencil atau pun ke hutan atau pengunungan. Bahkan mereka yang profesional memilih pergi ke sebuah tempat seperti tempat letaknya teleskop yang sudah dipastikan jauh dari pencemaran cahaya kota.
Anthony Spencer dari SLR Lounge menceritakan tip untuk mendapatkan tempat untuk foto Nightscapes. Dia mengunakan data gambar dari Blue-Marble, dan mencari daerah yang kira-kira lebih gelap tapi tidak terlalu jauh di kotanya. Misalnya jarak 30 minit dan 60 minit dengan kenderaan, boleh menjadi tempat alternatif. Syukur di kota anda, memang memiliki daerah yang gelap.
Contohnya di bawah ini, ada 2 titik merah pada angka 30 minit perjalanan iaitu di Hulu Langat dan Kuala Langat, dan 60 minit perjalanan dengan kenderaan. Untuk pergi sejauh 60 minit mungkin terlalu jauh. Alternatif boleh mengambil 3 daerah lebih dekat yang diberi tanda pada lingkaran tengah iaitu Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sepang. Pencemaran cahaya di daerah tersebut lebih kurang di banding harus pergi terlalu jauh ke luar kota.
Masalahnya pencitraan satelit untuk daerah gelap di Greater Kuala Lumpur Lembah Klang agak sulit. Boleh dilihat pada gambar di bawah ini, di mana saja kota di Greater Kuala Lumpur Lembah Klang sudah terlalu terang dengan cahaya. Beruntung di daerah lain agak gelap terutama di kawasan Negeri Sembilan.
Penyelesaian lain adalah pergi ke daerah yang lebih tinggi, seperti tempat dengan ketinggian di atas 1600 meter.
Untuk melihat lokasi di mana cahaya kota yang tidak terlalu terang boleh dilihat melalui Blue-marble.de
Antony Spencer
10 Tips and Tricks From Landscape Photographer Antony Spencer
0 comments:
Post a Comment