Saturday, September 07, 2013

Rahsia bangunan pencakar langit

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Bangunan pencakar langit punyai rahsia tersendiri.
Bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa ternyata memiliki rahsia kecil. Ada bahagian yang tidak boleh didiami oleh manusia. Tujuannya hanya untuk memecahkan rekord sahaja, sedangkan bahagian yang boleh dihuni hanya di bahagian bawah.

Satu pengumpulan data tentang bangunan tinggi menyebutkan, hampir semua bangunan di atas ketinggian 300 meter memiliki tempat kosong. Burj Khalifa memiliki ketinggian 830 meter dari bawah sampai ke puncak menara. 244 meter di atas adalah tempat kosong. Bila
Bahagian yang tidak dihuni di sesuatu pencakar langit.
dihitung dalam tingkat yang dihuni, maka Burj Khalifa hanya memiliki ketinggian kurang dari 600 meter yang boleh dihuni dengan sebenarnya.

Gedung Empire Stated dan Chyrsler sama sahaja, mereka membuat menara untuk meningkatkan tinggi bangunan. Bahkan bangunan America Tower di New York memiliki masalah pada tingkat kurang efisien yang serius. Dari pembangunannya, hanya 63% dari ketinggian bangunan yang layak dihuni.

Di bawah ini data dari CTBUH (Council on Tall Buildings and Urban Habitat):
Burj Khalifa, sekitar 244 meter atau 29% ketinggian bangunan tidak dapat didiami.
Zefeng Tower, 133 meter atau 30%.
Bank of America Tower, 131 meter atau 36%.
Burj Al Arab, 123 meter atau 39%.
Emirates Tower One, 99 meter atau 31%.
New York Times Tower, 99 meter atau 31%.

Sumber : Council on Tall Buildings and Urban Habitat  |  POPSCI1  |  POPSCI2  |  The InforMANt

0 comments:

Post a Comment