Rambut yang beruban terjadi oleh kerana beberapa faktor seperti faktor usia, genetik, 'stress' dan juga faktor kesihatan. Uban adalah rambut yang berubah warna menjadi abu-abu kemudian putih. Rambut asli orang Asia pada umumnya memiliki warna hitam atau gelap karena memiliki kandungan kadar melanin yang lebih tinggi.
![]() |
Daun kari. |
1. Daun kari, rahsia kecantikan rambut kaum India
Di sini dikongsikan petua untuk menghitamkan rambut yang beruban dengan menggunakan daun kari.
1) Campurkan 1 sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari.
2) Masak atas api sederhana sehingga daun kari hangus.
3) Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
![]() |
Air teh. |
2. Teh dan garam:
Selain daripada itu, anda boleh mencegah rambut putih tumbuh sebelum sampai waktunya. Tambahkan 1 sudu teh garam ke dalam satu cawan teh pekat hangat, kacau hingga larut. Setelah sejuk pada suhu bilik, tuangkan secara merata pada rambut lalu urut-urut kulit kepala. Biarkan selama sejam, kemudian bilas dengan air bersih tanpa menggunakan shampoo. Untuk hasil yang maksima, lakukan perawatan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali.
![]() |
Putih telur. |
3. Putih telur ayam kampung ternyata berkhasiat untuk mencegah tumbuhnya uban
Bahan-bahan:
3 butir putih telur ayam kampung.
1/2 gelas air bersih.
1/2 sudu teh garam halus.
Cara membuat ramuan:
Pecahkan telur ayam kampung dan ambil putihnya saja.
Campur dengan air bersih kemudian gaul sampai rata.
Masukkan garam halus sambil digaul.
![]() |
Buah keras. |
Urut rambut dengan ramuan di atas sampai pada bahagian pori-pori (akar rambut). Tunggu 2 – 3 jam kemudian cuci rambut dengan air bersih. Untuk hasil yang maksimum, lakukan perawatan rambut dengan ramuan putih telur 2 – 3 kali dalam satu minggu.
4. Minyak buah keras:
Mengusapkan minyak buah keras pada rambut, caranya goreng buah keras tanpa minyak lalu tumbuk hingga mengeluarkan minyak, usapkan pada rambut dan biarkan 15 minit. Setelah itu bilas hingga bersih.
![]() |
Minyak kelapa. |
5. Minyak kelapa:
Sapukan rambut dengan minyak kelapa, minyak kelapa adalah tonik rambut tradisional di pelbagai belahan dunia. Sudah terbukti
![]() |
Jus labu. |
6. Jus labu:
Campuran jus labu dan minyak bijan atau minyak zaitun dapat membantu rambut lebih sihat, berkilau dan tebal. Selain itu dapat mencegah rambut beruban.
Sumber : Pelbagai.
0 comments:
Post a Comment