Pelombong wanita bekerja tinggi di atas La Rinconada. |
Tempat tinggal bagi pekerja perlombongan di ketinggian ini memang buruk. Tidak ada bekalan air, sistem pembentungan kurang sempurna dan kandungan pencemaran merkuri dari sisa perlombongan.
La Rinconada - tiada bekalan air & juga sistem pembentungan sempurna. |
Cachorreo. Pelombong bekerja selama 30 hari tanpa bayaran, dan pada hari ke-31 mereka dibenarkan untuk mengambil bijih sebanyak mana yang mereka boleh bawa dari lombong tersebut.
Foto kredit : Sometimes Interesting
El Alto, menjadi kota kedua tertinggi di dunia. Berada di 4,150 meter di negara Bolivia. Penduduk di sana adalah pendatang dari daerah perkampungan lain sejak 1950. Lalu
Cahaya lampu bergemerlapan di bandar El Alto di waktu malam. |
Foto kredit : Galeria Miradas
Potosi, berada sama seperti El Alto. Ketinggiannya hanya berbeza sedikit, 4,090 meter. Sudah lama sebagai kota perlombongan.
Potosi, sebuah bandar perlombongan. |
Berada di dekat puncak gunung Cerro De Potosi yang memiliki ketinggian 4,824 meter.
Penduduk di sana tinggal untuk bekerja di lombong dan pernah menjadi kota paling kaya.
Tetapi sejak hasil lombong tidak menguntungkan lagi, ekonomi di kota tersebut menurun.
Foto kredit : Wikipedia
Shigatse, berada di Tibet China.
Shigatse, kota terbesar di Tibet. |
Berada di ketinggian 3,840 meter di pertemuan sungai Yarlung Tsangpo / Brahmaputra dan sungai Nyang.
Kota ini berada di permukaan yang datar, dan dikelilingi oleh pengunungan yang indah pemandangannya.
Foto kredit : Wikipedia
Juliaca, bandar terbesar di tenggara Peru. |
Ia adalah pusat perdagangan yang terbesar di rantau Puno. Ia juga merupakan tempat persinggahan utama di rantau ini dan mempunyai hubungan yang kuat dengan bandar-bandar selatan Peru, termasuk Arequipa, Puno, Tacna, Cuzco, Ilo dan dengan Republik Bolivia.
Foto kredit : Chihuanco
Kota Oruro, Diasaskan pada 1 November 1606 sebagai pusat perlombongan perak di rantau Urus. Oruro kini merupakan bandar utama di Bolivia dengan penduduk 235,393 (bancian 2010), yang terletak di 12,159 kaki (3,706 m) di atas paras laut. Selepas lombong perak ditutup, Oruro telah berkembang semula pada abad lewat kesembilan belas sebagai pusat perlombongan bijih timah.
Untuk satu masa, La Salvadora, lombong Oruro adalah sumber bijih timah yang paling penting di dunia. Secara beransur-ansur, sumber ini menjadi berkurang, dan Oruro sekali lagi menuju ke arah kemelesetan, walaupun hasil utamanya masih bergantung kepada industri perlombongan.
Foto kredit : Pedro Szekely
Lhasa, kota kedua terpadat di Tibet. |
Sungai ini, yang dikenali Tibet tempatan sebagai "riang gelombang biru", mengalir melalui puncak dan galur dari gunung Nyainqêntanglha yang diliputi salji, bermula 315 km (196 batu), dan mengalir ke Sungai Yarlung Zangbo di Qüxü, membentuk kawasan pemandangan yang sangat indah dan hebat. Jumlah penduduk di sana sekitar 550 ribu orang dan menjadi kota kedua terpadat di wilayah Tibet.
Foto kredit : Wikipedia
Sumber : Amusing Planet | Environmental Graffiti
0 comments:
Post a Comment