Saturday, June 08, 2013

Pag Pag makanan dari sisa restoran makanan segera di Filipina

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Pag Pag ialah makanan yang dimasak dari sisa makanan restoran makanan segera untuk dimakan semula oleh golongan miskin di Filipina. Ini adalah resepi 'kitar semula' makanan yang sangat menyedihkan tetapi mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana kesempitan hidup. Bersyukurlah kalau kita asyik makan maggi atau sardin setiap hari kerana ianya jauh lebih bagus dari Pag Pag. Semoga Allah mempermudahkan kehidupan fakir miskin walau di mana mereka berada.

Ini mengingatkan kepada amalan Freegans di Amerika Syarikat di mana pengamalnya memakan makanan yang dibuang oleh supermarket. Perbezaannya ialah sekurang-kurangnya Freegans makan makanan yang lebih bersih!


Video diambil dari dokumentari 'Toughest Place to be a Bus Driver' keluaran BBC

0 comments:

Post a Comment