Ambridge disisihkan semasa proses pengambilan gambar kelas. |
Bagaimanapun, hati seorang ibu bernama Anne Belanger dari New Westminster, Canada sangat terhiris apabila melihat anaknya disisihkan jauh daripada barisan rakan-rakan lain dalam gambar tersebut.
Meskipun anaknya, Miles Ambridge, 7, mengalami masalah kesihatan 'spinal muscular atrophy' (otot otrofi tulang belakang) hingga terpaksa berkerusi roda, baginya itu bukan alasan untuk bertindak kejam demikian rupa.
Sesi bergambar dilakukan sekali lagi selepas mendapat kecaman. |
Susulan perkara ini, pihak sekolah menerima kecaman lalu mengatur semula sesi bergambar Miles bersama rakan-rakan kelasnya.
Herbert Spencer Elementary bagaimanapun menyalahkan syarikat yang diupah bagi mengambil gambar kelas sebagai punca kejadian berlaku.
Sumber: Daily News | Huffington Post | The Blaze | The Province
Pengajaran: Semoga perkara tersebut tidak berlaku di mana-mana sekolah dalam negara kita.
0 comments:
Post a Comment