Wednesday, March 27, 2013

Toyota Vios 2013 dilancarkan di Thailand

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Toyota Vios, sebuah sedan kompak dalam segmen B tidak dinafikan sangat berjaya di pasaran Malaysia.

Generasi pertama dan kedua Vios mendapat tempat di hati kebanyakan daripada kita, sehinggakan ramai yang telah memilikinya walaupun harga yang ditawarkan oleh UMW Toyota untuk rakyat Malaysia agak tinggi.

Antara perubahan ketara yang dapat dilihat ialah penampilan luarannya kali ini begitu dominan dan berlainan sama sekali berbanding model sebelumnya, terutamanya perubahan di bahagian muka depan dan belakang.

Ianya juga termasuk kehadiran papan pemuka berwajah baru yang telah meminggirkan lokasi meter yang dahulunya berada di bahagian tengah, secara drastik kembali berada di bahagian bawah roda stereng.

Sumber: Toyota Thailand

Arena Kereta  |  Live Life Drive  |  Motor Trader  |  Paultan.org



0 comments:

Post a Comment