Imej yang disiarkan oleh Balai Cerap Eropah di Chile menunjukkan formasi planet daripada gas dan debu di keliling bintang HD 100546. |
Semasa imej tersebut dirakam, planet itu masih dalam bentuk gas dan debu tebal.
Pasukan penyelidik antarabangsa tersebut berkata, gugusan gas dan debu itu menyelubungi bintang dikenali sebagai HD 100546 yang berada pada jarak 335 juta tahun cahaya dari Bumi di Galaksi Bima Sakti.
"Sebelum ini, imej pembentukan planet hanya dilakarkan menerusi simulasi komputer," kata ketua pasukan saintis itu dari Universiti ETH Zurich, Sascha Quanz.
Menurutnya, beberapa ciri imej tersebut menyokong teori bahawa planet gergasi terbentuk dengan pemampatan saki baki gas dan debu selepas bintang terbentuk. - AFP
Sumber Kosmo Online 2/03/2013
Gizmag | NASA | Phys.org | Scientific American | Space.com | The Independent
0 comments:
Post a Comment